Sambungan..

3. Kafe Putra Villa

Dulu, semasa mula rampasan kuasa berlaku di kafe ini , makanan yang dihidangkan amat sedap , siap dapat diskaun lagi . Namun , makin lama kualiti dan rasa makanannya makin merendah akibat desakan faktor sosiologi dan populasi yang semakin bertambah . Perlu menunggu lama untuk makanan sampai di meja bukan lah satu masalah kepada pelajar lelaki pre med . Pada waktu menunggu itulah banyak aktiviti mengeratkan silaturrahim dilakukan . Antaranya , mengutuk orang , mengumpat pelajar wanita , mengusha wanita yang keluar masuk club house yang pakaiannya macam sial , bertukar-tukar penyakit paru-paru , berborak pasal keagamaan sambil berseluar pendek , berbincang tentang anak mak cik rz , mengata mr banoo dan berbincang hal hal akademik . Ketika waktu menunggu ini juga lah , khairul hirzan akan membuat gaya tangannya yang bisa membangkitkan kemarahan orang ramai . Kami syak dia ada huntington disease . Oh ya , di kafe juga anda dapat melihat pak cik kafe ( yang anak dia sengal teramat tak tolong mak bapak dia dan menggatal dengan perempuan ) memasak nasi goreng seperti travis barker mengetuk drum .

4 . Gerai Goreng Pisang dan Keropok Lekor Depan Surau

Melihatkan berapa punya panjang nama kedai ini , sudah tentu anda boleh bayangkan berapa punya panjanng barisan ketika nak membeli bukan . Walaupun , realitinya pelajar acms ini kurang berdisiplin dan tidak berbaris langsung . Kedatangan pelajar pre med beramai-ramai ke gerai goreng pisang ini membuatkan makcik makcik jiran peniaga hanya tertunduk sedih mengenangkan juadah mereka yang tidak berapa nak laku sambil mengingat kembali adakah baju di ampaian sudah diangkat . Makan goreng pisang atau keropok lekor selepas habis kelas memang stim dia lain macam . Tak percaya cuba anda tengok bagaimana ajis si yakuza menikmati keropok lekor selepas kelas sambil tidak berbaju di ruang tamu rumahnya dan kemudiannya terbongkang seperti panda di zoo china .

Oh ya , sekarang sudah waktu makan , segmen ini akan disambung jika aku rajin ya

Aku tengok dah lama tidak ada post baru , jadi di bawah ini aku senaraikan tempat tempat yang selalu dikunjungi oleh anak2 murid kak sue ketika lapar :

1.  Restoran RZ klasik

Budak acms memang telah dikenali sebagai pengunjung setia restoran ini walaupun selalunya air yang dihidangkan tawar tawar belaka . Mak cik Rz akan menyambut para pelajar dengan sapaan , 'Ye , nak makan apa dik' dengan nada sedikit sengau . Walaupun kedatangan lazim para pelajar dijangka akan membawa keuntungan , namun ada juga beberapa kerugian yang akan ditanggung si taukey kedai . Contohnya , si Fayad yang selalunya hanya memesan satu saja mangkuk tomyam , namun menambah nasi hampir lima enam kali . Pelajar lelaki pula selalu hanya mengoder ais kosong bercawan-cawan jika ada perlawanan bola atau badminton di astro . Menu yang selalu dipesan pula hanya lah nasi goreng , mee goreng atau tomyam , penat saja makcik itu membuat buku menu lawa lawa yang mengandungi berjuta jenis makanan . Jika anda hendak mengenali bahawa yang sedang makan itu para pelajar lelaki pre med , anda hanya perlu lihat asap di meja itu yang selalunya lagi champion dari asap dapur RZ . Di RZ juga , cikgu fizik kita pernah terkantoi dating dengan pasangannya , apa lah , tak kelas langsung dah besar besar dating di situ .

2. Kedai Burger Abang Botak

Ini destinasi ketika malam . Budak budak laki yang perutnya terdiri dari pelbagai bentuk , buncit seperti belon mahupun leper seperti tv plasma LG pasti memilih lokasi ini untuk mengisi perut . Sebabnya , para pelajar lelaki semuanya kuat mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam sehingga memerlukan sesuatu untuk mendapatkan tenaga , aku tak tipu !! Para pelajar perempuan aku tak tahu . Lagi sekali , fayard merupakan pelanggan tetap kedai ini dan dia memang kuat menterkedarah . Abang burger juga pernah kelihatan menghantar pesanan burger sebanyak lima ke enam ketul ke depan PV dan yang mengambilnya adalah Usha . Sampai tika ini , aku masih ragu ragu adakah kesemua burger itu adalah untuk dia seorang , atau ada orang lain punya . Anak Adam pernah cuba menghasut agar abang burger menukar daging ayam ke daging lembu untuk pelanggan berbangsa India namun ternyata abang burger masih waras dan bijak melawan godaan syaitan yang sedang menetap di rusia sekarang ini .

Sekarang sudah pukul setengah dua sore waktu indonesia barat . Sudah masuk waktu tidur aku , nanti aku sambung ....

acms pre med barclays fantasy premier league
acms all star league
865183-383186 http://fantasy.premierleague.com/

haloo! haloo!

Salam Sejahtera, kaifa halukum? ana berharap agar semoga antum semua sehat walafiat.Insyaalah.. Ya,seperti tribute2 yang lalu, ruangan tribute pada kali ini akan membicarakan tentang seorang warga pendidik yang telah berjasa kepada kita semua semasa di alam pre-medic dahulu.

Antum semua mesti ingat lagi bukan kepada Puan Su? nama hot dan glamour yang dipanggil ialah Kak Su. Jikalau tak ingat,memang anak murid yang derhaka, tidak ingat akan gurunya sendiri. Semoga antum semua ingatlah yer. Puan Su antara warga pendidik di ACMS, yang telah banyak menolong ana dan antum semua. ya kan? beliau bukanlah seorang penyebar dakwah banoolisme, bukanlah seorang yang tahu segala-galanya tentang ilmu kimia, beliau bukanlah seorang pemandu van @ bus yang telah bawak kita semua ke air terjun bersama - sama, dimana mawi dan rakan-rakan bermandi-manda tanpa seseurat benang pun, faiz cuba menangkap ikan dan udang liar, ajis diculik bunian hutan, perempuans pula sibuk mencari port supaya tidak dapat dilihat ketika mandi, malu~. itu semua nostalgia indah.

Anatomi dan Fisiologi serta Biologi, antara bidang kegemaran nya. kepakaranya, diturunkan kepada kita semua walaupun segelintir antum hanya menyiapkan tutorial yang diberi Paun Su sebelum 1 jam kelas bermula, hebat bukan antum semua?!

Garang, berdedikasi, baek, penyayang, bersifat keibuan, funny, peramah, tegas. Antara sifat-sifat mahmudah yang dapat dilihat pada keperibadian beliau. Antum semua mesti pernah kena marah dengan dye bukan, dye marah utk kebaikan kita semua. Siape tak hot kalau tengah lecture...tido, main, tido, gosip-gosip, tido, tak belajar, tido, korek idung, wat muka malas,..


" akak bukan ape..u all semua kene la rajin belajar, untuk masa depan u all semua juga "


Puan Su anak jati Kelantan, Kelantan bagus juga, seperti Perak mengeluarkan produk2 berkualiti, betul x Salikin? Johor?? ceyh,hampeh. terkadang terdengar juga sleng-sleng Kelantan ketika dye berbicara dalam Bahasa Inggeris. 'wada' iaitu water. Maaf Kak Su,, kami tiada niat langsung nk kutuk. nie sume anak adam punya pasal. jahat ya rabbi!!, mashyallah, hanya tuhan sahaja yang tahu. kau bace x nie anak adam? berubah la, sedar2 diri, da tua kau.

Puan Su paling hangat kalu de antara antum sume mintak naek cgpa la,markah la, ape2 la.. mintak-mintak sampai menangis-nangis. kita semua perlu bersyukur atas ape yg diberi, laen hari berusaha lagi, akan dapat juga akhirnya. betul. Erm seperti yang antum semua tahu, sebelum Puan Naza memberi kuliah tentang sistem reproduksi dimana Peter anak Bihos menjadi model uterus. haha! sebelum tu ialah kuliah terakhir Puan Su. sbb pada masa tuh dye tengah bersedia nk dapat baby baru.


Inilah baby baru Puan Su. Ahmad namenyer. comel bukan?

Erm, ana rase sudah cukuplah sampai disini sahaja. ana sudah capek menaip. Puan Su antara seseorang yang antum perlu ingat sampai bila-bila, kerna tanpa dye, kita semua tidak akan dapat mengapai cita-cita untuk menjadi seorang dokter. selamat berjaya kepada antum semua tak kira dimana berada. all da best !! Terima kaseh banyak-banyak Puan Su, hanya tuhan dapat membalas jasa baekmu. Aman tiada perang!

Gua baru lepas usyar blog fayard , ada flyer rock the world , gua tak tahu macam mana mamat tu nak tgk event tu , pakai  binokular teropong dari medan kot , tapi kalau dia nak pergi , nak gak aku kirim salam sama liyana estrella

Biler cerita pasal bende alah nie , gua teringat zaman acms dulu2 pegi gig , geng yang turut serta adalah gua , anak nordin (hanis) , budak jitra (own) , mamat yang ada apple of the eyes kat blog dia (payard) , lelaki yang bapak dia suka sedekah bbq (halim) , budak kuat main gitar ( tempang ) , budak fisio sorang (arif) , lain gua dah tak ingat , ingatan gua memang lembab sikit

Depa ni pergi gig they'all punya semangat lain macam , sanggup menapak dari feri ke new world park , yang jaraknya sekotak rokok pun belum tentu sampai , padahal surau depan pv yang jarak dia sekangkang ihsan , sebulan sekali pun susah nak jejak , pergi kalau ada makan free je , kelas HBP yang pergi naik bus pun , suruh orang sainkan , macam cilanat kan perangai , gua terkecuali

Kalau u'all tengok budak2 yang pergi gig ni kat kolej sopan beb , jumpe kak sue senyum , dekat kelas mr banoo tidur cover2 , jumpe mr quah tolong angkatkan buku , masa makan kat kafe tak sorokkan ayam bawah nasi , makan baca bismillah , tapi kat gig nauzubillah perangai , bayangkan , tempang a.k.a firdaus yang ligamen tak sempurna pun , lompat dia lagi champion dari anak nordin , yang dulu juara lari dalam guni peringkat tadika kanak-kanak istimewa cawangan kukup , gua tau , budak2 nie semua mengidam nak tengok dia patah kaki tyme lompat2 tu , tapi hajat tak kesampaian

Banyak juga kenangan manis masa pergi itu , ngorat kakak indah water , makan roti canai yang penebar dia berpeluh macam swimming pool pv , berkejar-kejaran dengan bus rapid penang , dan banyak lagi , lepas ni gua ingat kita reunion balik , kiter gerak gig mana2 , tapi gua ingat nak ajak nadzirah la , mana tau perangai  dia sama macam kita masa tengok gig , sapa tau ??

1. sepanjang aku ada kat jakarta, ramai teman-teman memanggil aku munjir.

2. aku cool. tkde pape.

3. kat indon pun disebabkan oleh perkataaan rejeki , jaman, jebra, jakat, jikir, jintron, oleh yang demikian nama aku juga disebut munjir oleh teman-teman indonesia.

4. entah mcm mane, masa gamalial (orientasi) , ada ahli kumpulan aku panggil aku ashraf sinclair sebab untuk dia, menyebut munzir itu susah walaupun berkali-kali aku ajar dia sebut Z!! oleh itu ahli-ahli yang lain juga memanggil ashraf sinclair.

5. kenapa ashraf sinclair......??

6. karang aku cakap alasannya korg mesti tak setuju. bagi sang pria, aku tahu korang jeles. hoho. tapi, fakta mesti diketengah kan. betul tak?

7.mungkinkah kerana ciri-ciri phisikal? ( hoho budget la plak aku )

8. well, beauty lies on the eyes of the beholder. :)

9. salam sinclair. dari jakarta. trimas.

Kamu semua mungkin fikir tokoh ini tidak penting , namun saya berani bertaruh , tokoh ini adalah antara rahsia kejayaan budak2 pre-med , aku tak tipu , series !!
Kalau kamu semua usha dari jauh , memang dia bergaya james bond , spek hitam dia sebijik macam rosyam nor pakai dalam castello , pakaian dia memang melambangkan gaya datuk2 , dan jika orang tidak mengenali datuk t , sudah pasti ada yg tersalah anggap dialah datuk t , aku pernah terdengar mitos , dia pernah beradu kelajuan dengan micheal schumacher , aku tak reti nak eja nama mamat ferari nie , dia juga adalah jaguh rempit , cawangan utara hingga ke tengah seberang perai , badannya yang tegap sudah tentu menaikkan nafsu2 wanita di acms ini
Kenapa aku cakap dia rahsia kejayaan ?? Jikalau dia tidak ada , nescaya idustri pengangkutan acms akan lumpuh , budak2 acms takkan pergi kuliah , budak2 laki akan mengahabeskan masa melayari internet dengan membuka web2 tak senonoh , budak2 perempuan pula , akan tune dan servis basikal mereka untuk merempit pada petang2 hari sambil berketawa riang
Jikalau dia tiada , siapa yang akan tunggu budak2 laki , yang bangun macam sial dia punya lambat ?? , yang tak tahu subuh masuk pukul berapa , siapa nak tunggu insan2 berjalan lembab seperti saiful aizat dan siput ??
Jikalau dia tiada , siapa nak hantar datok2 acms tue pergi jumpe dosen2 indon yang suka isap rokok kretek , jumpe mat salleh nak sain konon pergi stadi dekat ireland ??
Jikalau dia tiada , siapa nak bagi budak2 pre med merasa mandi air terjun ?? yang payard n the gang gie mengintai port budak perempuan mandi , yang budak2 laki makan sampai tak ingat dunia ?? Siapa ?? Siapa ??

Insan yang dimaksudkan adalah abang...Hafiz , drebar bas kita , yang selalu mengalami masalah dengan stereng bas yang besar , kerana berlaga dengan perutnya , yang juga besar , dia selalu hisap rokok dengan para pelajar , sama ada di dalam atau di belakang rumah kedai , dan join budak2 lelaki , mengusha wanita2 acms ini , hanya usha pre med saja yang dia xusha , tidak tahu mengapa , lihat , sudah la berposisi penting , mesra rakyat lagi , jadi , marilah kita menghargai jasa dia , abg HAFIZ , jasamu dikenang


Al-fatihah kepada atuk Bonggo , aku terhutang budi dekat dia , dia pernah bagi aku tumpang umah dia

msih ingt pd ptra vlla yg "trsayang"???

bgus2...^_^

mnggu nie agk kecoh dgn crite2 msteri dsbalik ptra vlla yg rsanya x da pe2 pn yg special...
nma je cm hbat...kolam mndi pn entah dh brapa lma x cuci..gym plak pnuh dgn "pralatan2 moden"..fitness fit pn klah rsnya...

lupakan bab kolam n gym..
pe yg ingin dlkongsi adalh crite2 hntu yg da dsekitar pv n lbih afdal jka dktakan di kwasan blok E..(blok boys dlu)

mmg plik npe kami kaum hawa dtmpatkn disitu...(nie msti "sobri" bkn nma sbnar pnya krja!!)
mmg x leh tahan lngsung...tp biarkn...kita trus ke tjuk utama k...

nk djadikan crite...de la sorng 2 tba2 leh rsa kehadiran mkhluk laen...sblum nie crite2 pnas tntang "bnda" 2 mmg tersbarkn scara mluas...da yg nmpak bnda 2 (prempuan)tgh brdiri kt tgh2 kwsan antra blok E n blok sbelah(blok pe ntah..)...bdsarkan sumber yg bleh dprcayai,bnda 2 slalu brdiri dtmpat yg sma stiap 12 mlm...ntah pe la yg dbuatnya...tgk bulan kut...hmm...

dpndekkan crite lg..sy trut mngalami proses2 mnkutkan 7 ari brturut2...
mla2...suara2 mnkutkan kdengaran...(hehehehehe..lbih kurang cm 2 la.. ^_^)
time 2 x da la lwat sgt..dlm kul 12 mlm..
mjur bkn suara m.nasir atau hattan yg kdengaran..klu x lg cuak kut...coz sy x brapa ska lgu2 diowng..

esoknya plak.,.suara 2 kdngaran lg tp dgn nda yg agk tnggi...mremang bulu roma...
time 2 gak la nmpak bnda 2(byg2 kut) mlintas blik...lari2 biase je...
bkn lari pecut mhupn marathon aptah lg lari brpagar...byk kali gak la dia lalu situ...syukur sgt2 x msuk blik...huhu...
esoknya plak x leh tdo spnjng mlm coz naluri kuat mngatakn bnda 2 da dseblah...srius..x tpu!!
n bgitu la utk 7 ari strusnya...(mls dh nk crite... :P)

(crite2 dtindih hantu jga trut kdengaran...)

so..pe tndakan yg ptut dbuat...pnggil ustaz brsihkan kwasan pv atau ............

p/s: jgn biarkan pv dselebungi msteri.....!!!

bertempat di dewan kuliah waziria medical square

aq n rakan2 sperjuangan yg lain sedang kusyuk mndengar kuliah yg brtajuk
IMPULSE TRANSMISSION-NEUROMUSCULAR JUNCTION(NMJ)
oleh DR.AMIN dr UKM..

content lecture ni agk bosan walaupn lecturernye mnarik..
akibatnye..mata aq trase berat dn kpale mula trsengguk2..
nasib baek ade deskm3 yg setia mngejutkn aq ble aq terlena..

akhirnye aq brjaya brtahan shingga ke st part yg sgt mnarik dlm lecture hari ini..
bkn krana lecture yg mnarik tp krn st prkara yg sgt mencuit hati..

ketika i2..slide yg sedang d paparkn adelah tentng ABNORMALITIES OF NMJ..

d slide trsebut trtulis............
INHIBITS ACETYLCHOLINE RELEASE CAUSES PARALYSIS

eg. BOTULINUM TOXIN (BOTOX)

"CURRENT 'HOT' APPLICATION"

tbe2 seorg sahabt ku brkate..
"ieyla...ble cucuk botox tu muke rase panas eh.."

dan aq..tanpa brfikir panjang trus berasa kagum trhadap sahabt ku i2
krana beliau mempunyai bnyak general knowledge..
kalau aq..x amik tau kot bnda2 mcm 2..

lalu aq bertanya..

"ouh..btol eh mcm 2??"

"ape yg btol??"

"yela kan awk kate td botox ble cucuk kat muke..muke jd panas"

"adoi..kte tnya lah.."

"lorh..tny ke..ingatkn statement..asal tny cm2?"

"ni kat bawah ni die kate current 'HOT'application.. "

adoi..
terkena suda aq..
tanpa mampu nk bertahan lg..
aq trus glak tanpa henti smpai la klas i2 tamat..
tidak ku sangka beliau boley trsalah sangka dgn ayat 2..

lalu stlah tamat klas trsebut..
aq menerangknnye kpd beliau..
mksud current 'HOT' application i2 adalah

TERHANGAT DI PASARAN

BUKANNYE..

BILA CUCUK KAT MUKA..MUKA JADI PANAS..

sehingga hr ini aq masih lg trgelak sorang2 ble tringat pristiwa i2..

NOTA KAKI: salah siapakah sbnarnye shingga kesalah fahaman ini berlaku????

Saya percaya yang kalian sudah mempelajari ilmu kimia yaitu chemistry. Kalian semua tahu bukan, jikalau kertas litmus ( litmus paper ) merah direndam didalam cairan yang bersifat acid maka kertas litmus akan berubah dari merah ke biru? dan sebaliknya? ini semua antara sifat sifat kimia yang ditunjukkan oleh cairan itu tersebut. Tiada unsur-unsur magis ataupun khurafat mahupun pemujaan yang menyebabkan terjadinya seperti itu. Ya kan?Kalian juga tahu jika acid bereaksi dengan base akan mengeluarkan produk yang bernama garam dan air? Ya kan? Betulkan jikalau kalau tersilap formulir.
Percaya atau tidak. Semua yang kalian tahu buat masa sekarang hanyalah dipermukaan sahaja.
Master Of Chemistry. Gelaran yang perlu digeruni. Entri tribute kali ini mengupas sedikit tentang ajaran dan mazhab yang dibawa. Berikut merupakan diskografi;

  1. Semasa sebelum era kemerdekaan, di era zaman pemerintahan British, kaum Cina telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem Kongsi dan Kontrak. kebanyakkan mereka bertugas di Johor sebagai penanam lada hitam.( sekarang,menjadi peng-eksport nanas terbesar di dunia ).
  2. Sekitar era 1990-an dan 2000-an, ajaran ini master of chemistry disyaki tersebar di seluruh pulau pinang termasuk pekan kecil, kepala batas, dimana dato' abdullah ahmad badawi dilahirkan.
  3. Mula bergerak secara underground selama 10 tahun. lokasi tidak dapat dipastikan. Kemudian, Mr Quah mula bergiat aktif sejak beberapa tahun selepas ACMS ditubuhkan.
  4. Master of Chemistry ini merupakan guru petualang yang masyhur. Amat menekankan disiplin anak-anak muridnya. kalian mesti kenal sama itu munzir. kenal kan? selain Mr Banoo, dia juga antara murid kebanggannya. bangga sungguh. setiap kali kuliah berlangsung,Mr Quah sering menyeru kepada dia "munjir!,bangunlah...jangan lah tido,nnti mau jawab exam susah maa,,"
  5. Ramai murid yang kagum diatas kepakarannya didalam ilmu kimia, inorganic mahupun organic. Semua tekun semasa kuliah nya. Apatah lagi murid-murid yang duduk di barisan belakang sekali. hah,kat barisan situ semua nya budak bijak belaka. tak dapat dinafikan. sumpah.
  6. Satu kejadian yang jarang berlaku, Mr Quah pernah mancabut tombol pintu auditorium. sengaja atau tidak sengaja? fikirlah sendiri. Tapi beliau dengan sifat yang cool dan tenang selamba menjawab "aiyoo..ni bukan saya buat maa". Beliau sungguh cool~
  7. Sebagai anak jati perak,saya sungguh berbangga, Mr Quah duk perak wei ! kome caye ke tak? Sesungguhnya, orang perak memiliki bakat-bakat dan skills yang tidak dapat disangkal lagi. Beliau juga sering berbangga dengan tanah kelahiranya, Sitiawan, tempat Chin Peng dilahirkan. Pernah sekali mengajak Jusdav Singh pulang ke kampung halaman bersamanya, Hurm..lama juga tidak terdengar khabar berita dari Jusdav. Awak apa khabar Jusdav?
  8. Master Of Chemistry ini juga mempunyai pemikiran retro-lisme, yaitu anti kepada kemodenan. Sering menyalahkan komputer di auditorium yang sememangnya tidak bersalah. Katanya virus dalam komputer tuh makan semua slide show beliau. Kasihan bukan? kegagalan membuka slides shownya itu, lantas dia bertanya kepada murid-muridnya apa yang patut dilakukan sekarang. Murid segera menjawab " Mr Quah!!, tekan je simbol Shut down..itu hah! "
  9. Ramai murid murid lelaki dengki melihat rambutnya yang kemas berkilat. Gune minyak Brylcream agaknyer.

Secara peribadi, Mr Quah sememangnya seorang yang berkaliber, bersungguh dalam menyampaikan dakwah yang dibawa. Orang perak memang hebat, kan nadia amalina? Mungkin ada lagi ruangan tribute selepas ini?? Sama-sama kita lihat. Aman tiada Perang!

'Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya ' , jadi , pada segmen kali ini , kita lupakan pasal yakuza , kita lupakan pasal aku iras2 italian , kita beralih kepada salah seorang tokoh di acms , yang telah mencetuskan fenomena tersendiri , tokoh pertama kita ialah tidak lain tidak bukan , Mr Banoo , give a clap (kelepap,kelepap)

Berikut merupakan beberapa fakta dan trivia mengenai ajaran Banooisme

1 . Ajaran banooisme ini dikenali sebagai english pada bahasa internasional
2.  Kitab suci ajaran ini adalah EAP (aku sudah lupa nama penuhnya) , dan jika anda terlupa membawanya , anda akan dicarut , yang bukan sahaja menyinggung perasaan anda , bahkan nenek anda
3.  Jenaka guru ini adakalanya lebih kelakar dari jenaka saiful apek , namun , adakalanya , membuat boyak ingin membaling kasut timberland yang diagungkannya atau mawi dengan kasut tombeli mahalnya tepat ke arah hidung guru itu ,
4.  Mengamalkan konsep satu malaysia sebelum konsep ini diperkenalkan lagi , buktinya , dia mengikuti ceramah parti pas di tempat tinggalnya , namun , masih tidak mendapat hidayah
5 . Tiada satu pun anak muridnya yang berani hendak ponteng kelasnya tanpa alasan yang jitu , kecuali kelas remedial yang didakwa budak pontian sebagai kelas untuk budak2 genius english
6.  Untuk sampai ke tahap tertinggi ajaran ini , atau tahap nirvana , muridnya perlu menyiapkan magazine , yang amat melecehkan , di mana nadia amalina ( murid idaman ramai ) adalah muridnya yang paling sibuk dan bersungguh-sungguh menguruskan hal ini , dan pada pandangan saya , majalah eureka adalah paling tak sedap namanya walaupun isinya agak bagus
7.  Kadangkala , beliau membuka video2 yang macam sial tak bez , seperti bali dancer , walaupun kebanyakan dancer itu berkemban dalam video itu
8. Berikut antara nama murid kegemarannya : saiful aizat , salikhin , munzir , dan afiq johari . Hanya seorang sahaja yang betul2 cemerlang , teka sendiri
9. Rambut belakangnya panjang berekor seperti mat rempit
10 . Kerana asyik mendengar listening cd dan listening test , maklumat sukar disampaikan kepadanya jika anda berkata-kata dengan suara yang rendah

Demikianlah fakta2 menarik tentang beliau , melihatkan keadaan rambut di kepalanya yang sudah tenat , tidak dapat dinafikan mungkin beliau akan menjadi mahatma gandhi kedua , namun berloghat sungai petani , siapa tahu , dan , kerana jasa besar beliau , ramai pelajar pre med 20082009 , telah berjaya speaking ala-ala pelakun hollywood , hanya salikhin dan boyak , yang kadang2 speaking ada bunyik slang kelantan , dan ruangan tribute seterusnya , akan ditujukan kepada master of chemistry kita , dan boleh dipost sesiapa sahaja , mungkin budak perak bisa uruskan ??


THIS IS OUR MASTER OF MEDAN YAKUZA....
MASTER!!!!



THE BIG FOUR OF MEDAN YAKUZA....
UNDER THE GREAT MASTER!!!

Image and video hosting by TinyPic

Director : Afdlin Shauki
Producer (Company) : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Main Actress : Syeera Fauzi
Category : Feature Film
Language : Malay
Genre : Comedy, Drama, Family
Classification : U - General viewing for all ages
Release Date : 2009

Synopsis:

Could a loving husband fulfill his late wife's wishes? This movie tells a tale of Saadom who is a successful Nasi Kandar businessman in Pulau Pinang. His wife's last wishes before she passed away to take good care of their daughter Mia, changed Saadom's life forever. From a very buzy businessman who is so infatuated with his Nasi Kandar business, Saadom changed into becoming a very dependable father who is very much focused on her daughter's life. As Mia, grows up she gets a bit annoyed with her father's endless care and devotion towards her which at times seem to much to handle. Her friends are also annoyed with Uncle Saadom who tends to follow Mia wherever she goes. Saadom hugs and kisses his daughter in front of her friends, during lunch break Saadom would come to the school to send some lunch meals for her and her friends but this is not well appreciated by her friends because the Nasi Kandar would ruin their diet. He would also be often seen in the school premises in order to make sure of Mia's safety and sometimes he is being forced out of the school by the Principle.

A huge dilemma arises as Mia is all grown up and ready for University life. Saadom wishes that her daughter would proceed with her studies somewhere near Pulau Pinang but Mia chooses otherwise in order she could be far away from her father. Saadom gets panic and have no idea on how to fulfill his late wife's wishes to take care of their daughter.


P/S: For indonesian students,especially in medan.dont worry..you can still get some 'papadom' from warung Nandos.Hurm..ade jual ker??

Korang suka ke sebenarnyer dengan korang punyer roomate or housemates..kalau lu orang dah rase jemu dan muak dengan roomate lu orang..kat sni aku ade bagi beberape petua;

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang korang
n bagitau kat roommate yg korang nak balik kampung.
Selepas sejam, balik ke bilik, n terus
terangkan takde org kat rumah.
Unpack segala brg n korang trus pegi tidor.
----------------------------------------------------------
2. Setiap kali roommate korang balik,
jerit sekuat hati "hooray…kau dah balik".
Lepas tu menari dlm 5 minit.
Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia
"Sepatutnya kau dah blah dah skrg!"
----------------------------------------------------------
3. Buat2 terjaga pd tengah malam,
jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?"
dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil,
cukuplah sekadar melompat 2-3 kali.
Kemudian, sambung tidor. Esoknya,
kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
----------------------------------------------------------
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan korang.
Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata
“Dah merebak… dah merebak, habessss..
-----------------------------------------------------------
5. Beli pepokok bonsai.
Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari.
Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu n cakap
“Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi”
sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…
Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
------------------------------------------------------------
6. Beli pisau banyak-banyak.
Tajamkan setiap malam
sambil merenung roommate korang
sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
------------------------------------------------------------
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam
tanpa buat apa2 atau cakap apa2.
Lepas tu bangun secara tiba2
sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”
------------------------------------------------------------
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor.
lepas dia keluar, bangun dan menjerit
dgn kuat “Horee…!”.
bukak lampu semula.
--------------------------------------------------------------
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik,
cakap “Selamat Datang ke McDonald.
Boleh saya ambil pesanan anda…”
Lepas tu buat muka bodoh,
sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
---------------------------------------------------------------
10. Kata kat roommate
“Ada pesanan penting untuk kau”.
Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam,
bangun dan cakap yg anda dah lupa pesanan tu.
Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”.
Lepas tu pengsan balik.
---------------------------------------------------------------
11. Bila roommate korang balik, berpura2 tengah telefon.
Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu.
Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate
bhw yg telefon tadi adalah mak dia.
Cakap mak dia akan telefon balik.
----------------------------------------------------------------
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki,
perhatikan sampai habis. Lepas dia habis,
cakap dengan dia bhw anda
kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
----------------------------------------------------------------
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/
rumah kedai berdekatan rumah/kampus.
Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate korang hilang.
Letak sekali gambar dia dlm risalah tu.
Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate korang.
-------------------------------------------------------------------------
14. Bila roommate korang tutup lampu pd sebelah malam,
nyanyi lagu opera sekuat hati.
Bila dia buka balik lampu,
buat2 muka bodoh dan confused.
-------------------------------------------------------------------------
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam.
Kalau boleh, bawa member2 sekali
sambil makan kacang & popcorn.
Buat macam tengah tengok wayang.
---------------------------------------------------------------------
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran
dan sapukan pada seluruh dinding bilik.
Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi.
Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
---------------------------------------------------------------------
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan,
spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt.
Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut
sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
---------------------------------------------------------------------
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate korang
sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…
Macam teknik rebonding…”.
Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
-------------------------------------------------------------------
19. Mase roommate tido,
bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat),
pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
-------------------------------------------------------------------
20. Sebelum roommate balik dari kelas,
bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak)
pastu baring senyap-senyap atas katil dia.
Mesti dia terkejut sampai pengsan
bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

dipetik,daripada buku Oh RoomateKU! .Diharap ini semua berkesan,apa2 pun,,korang semua kena sayang roomate korang,sayang menyayangi satu sama lain,itu lebih bagus bukan??

SELAMAT MENCUBA! :P


salam persahabatan!!!!sharing is caring...hahaha

helo2

...sambungan...

Ajis : Uh , mana hang tau nie ?? Aku main taram pakai ja , beli dari peter kasut tu , dia terbeli kasut besaq
Aku : Bodoh juga peter nie ( dalam hati ) , kira hang memang peminat joe flizzow la nie ??
Ajis : Takdak maknanya
Aku : Kira hang mencetus fenoemana fesyen tersendiri la ??
Ajis : Haah , tepat sekali , hang la yang akan ikut nanti
Aku : Wak lu !! Aku dengaq hang saja pakai cam joe flizzow nak attract cewek2 medan ?
Ajis : Bila pulak ?? Takda kerja r !! Medan banyak cewek batak , kasaq2 , suara macam serabut
Aku : Uisyh , batak pun ada gak yang cun , hang tak tertarik ka ??
Ajis : Tertarik , dekat sapa ??
Aku : Aku dengaq banyak awek Medan dok usha hang sejak jadik joe flizzow nie ??
Ajis : Blah r , aku tak perasan pun
Aku : Hang tak perasan sebab badan hang besaq , terlindung , cewek2 sorok belakang badan hang
Ajis : Oooo , lupa pulak kan
Aku : Nie betoi ke takda awek medan nak tekel hang ? Sebab aku dengaq hang dah kira tahap cantik menarik tertarik kau memang da bomb dah ni
Ajis : Kalau ada pun aku taknak la , parents aku pun tak galakkan
Aku : Anak soleh hang ni , patut la sehat
Ajis : Baru hang tau , bukan ja sehat , putih lagi , cuba tengok hang
Aku : Main kasaq nampak , hang tak ingat apa mat salleh tue habaq tadi ? Kira pa yang aku dengaq tu fitnah je la ??
Ajis : Diorang saja ja nak kecoh2 tu
Aku : Tapi , kalau takda angin , masakan pokok bergoyang ??
Ajis : Kalau ada orang goyangkan , goyang juag kan ??
Aku : Tapi kalau hang , memang orang susah nak goyangkan ,berat
Ajis : Tau tak pa
Aku : Ok la , aku nak kene cepat nie , kang tertinggal flight , supir dah tunggu tu
Ajis : Ok2 , kem salam dekat munjir
Aku : Ok , terima kasih atas kerjasama , assalamualaikum

Beberapa detik selepas itu , aku menerima sms , yang menyatakan , ajis sudah digelar yakuza pula , kerana dia mempunyai tatoo di anggota badannya yang tak kelihatan , namun , aku sedang ditemani dan dilayani awek2 pramugari first class , sambil baring dekat seat 180 darjah dalam kapal terbang , jadik aku malas nak ambik port , itu aku terjah lain kali

Baru-baru ini , aku menerima khabar dari medan , katanya ada lelaki saiz xxl yang dulunya berkuliah di acms , kini telah berubah penampilan , desas desus sudah seperti joe flizzow , memandangkan aku berada di jakarta , kebenaran gosip itu tak dapat aku pastikan , jadi , satu sesi temuramah telah diaturkan , sebagai wartawan blog ini , untuk mengorek kebenaran , dan memandangkan dia tinggal  di medan aku di jakarta , pertemuan itu diaturkan di bali

Pertemuan diadakan di sebuah kafe tepi pantai di bali , ketika waktu sunset , memang layan , dan memandangkan flight frst class aku delay , pertemuan berlaku lewat sedikit , awek2 mat salleh jangan cerita , memang berlambak , aku order es jeruk saja , jejaka besar itu , tak usah cakap , berapa punya banyak makanan dan minuman yang dipesannya , penuh satu meja berpayung carlsberg itu , sebelum wawancara dimulakan , beberapa awek mat salleh berbikini datang ke aku , sambil berkata , 'hye sweety , do u wanna hav fun with us tonight ?? where r u from ??' , aku jawab , 'no thanx , i'm malaysian ' , dia balas ' damn , u look like an italian , believe me ' , aku senyum saja , temuramah dimulakan

Aku : Apa khabaq ?? Hang sihat tak nie ? Aku dengaq hang makin sihat ??
Ajis :  Uisyh , sehat , memang sehat dari dulu , makanan murah murah la katakan
Aku : Nie mesti hang amek suplemen jamu medan sekali nie ??
Ajis : Tu blom try lagi , sat gie kalau ada peluang try la
Aku : Uih , hang jangan wat loklak , kang slim kang hang , seksa
Ajis : Itu yang aku tunggukan , hahaha ( sambil mengusap perut dan menyedut cocktailnya )
Aku : Ni aku nak tanya , apa betui ke aku dengaq kecoh2 kat medan nie hang da gaya macam joe flizzow? pakai kasut putih stylo semua , cuba hang habaq sikit

...bersambung..

Salam persaudaraan , salam persahabatan
Aku harap blog ini tak gagal seperti dulu
Aku harap blog ini banyak penyumbang tidak seperti dulu
Aku harap blog ini akan menjadi meriah

Segala khabar , segala kenangan , segala berita , segala gosip , segala kebenaran , segala khabar angin
Tempatnya di sini , usah malu-malu , usah segan
Tuliskan , coretkan , abadikan saja di sini
Mari-mari .....

← Previous Page