Sekali sekala kita beralih kepada kepada perhubungan CINTA. Apakah rasanya ciri-ciri wanita yang digemari oleh lelaki di luar sana? Adakh paras rupa yang cantik dan bentuk badan yang menggiurkan menjadi kriteria utama pemilihan?

Ciri-ciri wanita idaman lelaki:-

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif. Bukan materialistik make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. X caye kew??? Hehehe… betul.

Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

← Previous Page Next Page →