hola! hola! hola! seronok betul cuti. masa cuti digunakan sepenuhnya untuk merehatkan diri, membuang segala masa dengan sepenuh sia-sia, melepaskan nafsu bersama awek masing-masing seperti yang mawi cakap, ataupun sedang berlatih untuk pertandingan joget-joget di jakarta nanti ? ( rujuk entri sebelum ini ) alah, yang macam kat tv tuh, you ingat you boleh menari?. Mungkin buat boyak, beliau sedang bermanja dengan mamanya dan ajis di rumah sedang membesarkan perut dan pinggul. owh, nikmati lah sepuasnya ya. Balik medan nanti, korang kuruslah balik.
Minta maaf lah, sudah lama tidak bersiaran. sibuk lah kata orang. kenduri disana-sini, tolong mak buat keje umah, cuci2 rumah, berjalan ke sana sini. cuti-cuti malaysia bukan?

Aku dengar, ade sorang budak johor nie. badan kaler gelap-gelap sikit. eh, silap2 bukan sikit, banyak! haha. Sanggup tak nak balik Malaysia. dengar cite beliau nak save duit, nak gi konsert the killers katanya di singapura. dulu, konsert in team kat dewan milenium yang tiketnya harganya tak sampai rm 20 di kepala batas,beliau tak nak pergi pun. ceh poodah!

Sahaja nak bercerita, beberapa hari yang lepas. aku pergilah Putra Villa (selepas ini ditaip pv) rindu bukan maen kalau you all nak tau. tak tipu. Terkenang lah zaman-zaman dulu, naek bus rapid penang dari butterworth. Dulu stesen bus kat situ masyallah punyerlah kotor. Tikus sebesar peha si El pun ade. Bukanlah nak bermitos. sumpah tak tipu. Tapi sekarang dah laen, tak macam dulu lagi.

Lalu kailan, hmmm..maseh seperti itu, hotel seri malaysia yang berdiri megah. Megah lah sangat. Bagi penduduk kepala batas di sekitarnya, menurut mereka, kailan itulah tempat yang paling happening buat mereka. Ade seven eleven ooo,,,jangan main2. Tapi, ayam KFC kat situ kecik. shit.

Sememangnya penghuni di pv kini semakin ramai., nampak begitu meriah pabila melihat waktu petang-petang, banyak cewek-cewek hot sedang berendam di kolam. dulu takde pon! erm,maka secara tidak langsung bertambah lah duit poket Dato Z. oops, isu Dato Z aku tak mahu cakap pape, nanti kena saman barulah tau. macam yang Dr. Mahathir buat tuh. ini negara bukan sebarangan. gila.

Duduk di RZ klasik, cuma pesan nasi ayam bungkus je. wah, kedai tuh makin maju. ramai orang tau. makcik RZ tuh still klasik, anak dia? aku tak sempat tengok, jeling-jeling gitu je. comel lagi kot macam dulu. nanti i punyer apple jeles tau kalau menatap wajah anak makcik RZ tuh lama-lama. mawi, kau jangan risau, amy kepunyaan kau lagi comel. comel banget! okay?

Oh lagi satu aku nak cerita, kalu kau orang nak tau. masa aku datang tuh, budak budak md-ukm de buat satu party. langkah kanan sungguh. aku ingat party tu untuk aku. buat aku tersipu-sipu aje. malu~ terima kasehlah kerana menjemput aku sekali. Terima kaseh daun keladi. Kepada rakan rakan usu yang sedang bercuti sekarang, marilah ziarah ke pv. melawat rakan kita disana, mungkin selepas ini lama lagi baru boleh bercuti, kau orang tak rindukah kat mereka? walaupun tiada kepentingan disana, tiada awek disana, cuma..datanglah. Tak bercintun-cintun dan tak melepaskan nafsu dengan orang tersayang pun tak mengapa.

boyak kau tak rindu ke kat nadia amalina hah? datang lah jumpa kawan-kawan kat sini.

* Untuk pengetahuan. Caj menetap sementara ( bermalam ) di rumah siput dan rumah -rumah laen di pv dah naek. sekarang rm 50 satu malam. Tiada harga member-member mahupun harga kaseh sayang. bapak mahal. Rumah da bersepah. Kata mereka, harga itu termasuk insurans. Mata duitan!

← Previous Page Next Page →