Aku tengok dah lama tidak ada post baru , jadi di bawah ini aku senaraikan tempat tempat yang selalu dikunjungi oleh anak2 murid kak sue ketika lapar :

1.  Restoran RZ klasik

Budak acms memang telah dikenali sebagai pengunjung setia restoran ini walaupun selalunya air yang dihidangkan tawar tawar belaka . Mak cik Rz akan menyambut para pelajar dengan sapaan , 'Ye , nak makan apa dik' dengan nada sedikit sengau . Walaupun kedatangan lazim para pelajar dijangka akan membawa keuntungan , namun ada juga beberapa kerugian yang akan ditanggung si taukey kedai . Contohnya , si Fayad yang selalunya hanya memesan satu saja mangkuk tomyam , namun menambah nasi hampir lima enam kali . Pelajar lelaki pula selalu hanya mengoder ais kosong bercawan-cawan jika ada perlawanan bola atau badminton di astro . Menu yang selalu dipesan pula hanya lah nasi goreng , mee goreng atau tomyam , penat saja makcik itu membuat buku menu lawa lawa yang mengandungi berjuta jenis makanan . Jika anda hendak mengenali bahawa yang sedang makan itu para pelajar lelaki pre med , anda hanya perlu lihat asap di meja itu yang selalunya lagi champion dari asap dapur RZ . Di RZ juga , cikgu fizik kita pernah terkantoi dating dengan pasangannya , apa lah , tak kelas langsung dah besar besar dating di situ .

2. Kedai Burger Abang Botak

Ini destinasi ketika malam . Budak budak laki yang perutnya terdiri dari pelbagai bentuk , buncit seperti belon mahupun leper seperti tv plasma LG pasti memilih lokasi ini untuk mengisi perut . Sebabnya , para pelajar lelaki semuanya kuat mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam sehingga memerlukan sesuatu untuk mendapatkan tenaga , aku tak tipu !! Para pelajar perempuan aku tak tahu . Lagi sekali , fayard merupakan pelanggan tetap kedai ini dan dia memang kuat menterkedarah . Abang burger juga pernah kelihatan menghantar pesanan burger sebanyak lima ke enam ketul ke depan PV dan yang mengambilnya adalah Usha . Sampai tika ini , aku masih ragu ragu adakah kesemua burger itu adalah untuk dia seorang , atau ada orang lain punya . Anak Adam pernah cuba menghasut agar abang burger menukar daging ayam ke daging lembu untuk pelanggan berbangsa India namun ternyata abang burger masih waras dan bijak melawan godaan syaitan yang sedang menetap di rusia sekarang ini .

Sekarang sudah pukul setengah dua sore waktu indonesia barat . Sudah masuk waktu tidur aku , nanti aku sambung ....

Comments

1 Response to “Destinasi Best”

  1. Ikmal Fayadh on October 30, 2009 at 4:34 PM

    ana kalu kat rz,memang terasa lapar betul.

    tapi anta,makan tak seberapa..mengorat anak makcik rz yang cute miut tuh bagai nak rak.kalau sama2 cute tak mengapa juga.