Bos blog ini, fayard sedang bercintan-cintun melepas nafsu, silap, melepas rindu sebenarnya dekat pv dengan awek tersayang dia. Dia biarkan aku terkapai-kapai hendel blog ni sekarang ini. Takpe, takde hal. Tanggungjawab harus diteruskan. Baiklah, penulisan kali ini aku nak buat suci2, takda mencarut2, takda benda2 kotor, takut cik nadzirah marah.
Bila anda semua di auditorium, sedang anda sebok mendengar ilmu yang dicurahkan, atau sebok mengumpat boyak yang tak hensem, apa yang anda lihat apabila toleh ke belakang? Ya, tepat sekali. Budak2 laki berkemeja, bertali leher sedang nyenyak tidur dengan berbagai gaya. Budak perempuan ada juga tidur di depan, jangan ingat kami tak tahu. Tapi tahukah anda semua bahawa setiap gaya tidur pelajar2 laki ini melambangkan personaliti dan mempunyai beberapa makna tersirat? Tak payah cerita banyak, meh saya huraikan.
Tidur gaya kepala di atas meja. Ini adalah cara tidur budak2 pandai dan genius. Selalunya dilakukan oleh budak2 baris belakang. Cara tidur ini ternyata efektif dalam menyerap ilmu yang disampaikan kerana ilmu yang dipancarkan terus tepat ke atas kepala di mana di situ lah otak cepat menyerap ilmu. Cara ini juga dapat mengelakkan dari air liur tertumpah ke atas baju yang akan menyusahkan untuk bersolat zohor atau subuh qadha'.
Tidur gaya beruang. Ini aku tak payah cerita la. Sapa lagi yang tidur macam ini kalau bukan beruang patah kaki naik motor kan? Seperti seekor beruang yang berhibernasi, apabila dikejutkan, gayanya seperti beruang mencari mangsa. Selalunya dia akan menguap kuat, berbunyi HUUARGHH, ala macam beruang la senang cerita. Nak tangkap beruang tidur ini, paling senang tyme kelas kak su dan mr quah, dan kelas HBP.
Tidur terbongkang terbaring di lantai di celah2 kaki budak2 laki. Mengikut teori, cara ini selalu dilakukan oleh budak2 pedalaman yang tinggal tepi2 sungai. Teori ini dibuktikan oleh perlakuan dan gaya tidur budak yang berasal dari sungai buloh. Cara tidur ini adalah paling tidak sopan dan dipandang keji oleh persatuan penidur2 seluruh pre med.
Nak tidur tapi tak boleh tidur. Acap kali, apabila kelas biologi bermula, budak2 laki akan setting kepala mahu tidur. Namun, niat itu tidak kesamapaian apabila cik naza mengajar organ reproduktif menggunakan peter sebagai model. Walaupun muka peter membantutkan imaginasi kami terhadap organ itu untuk meningkatkan lagi pemahaman, namun ketidak ngantukan yang melanda diri kami masih menjadi misteri. Adakah cik naza telah menemukan penawar bagi penyakit ini? Itu yang kita hendak siasat.
Sekian saja, bagi yang bercuti jangan tidur banyak2, nanti jadi bebal. Salam bagi semua budak premed dan kepada fayard, beragak2 la dalam melepas rindu tu. Lagi satu, apa aku dengar gosip2 pasal syeera ni? Ada sesiapa mahu berkongsi informasi?
Hallo from the other side.....
7 years ago