Cantik

Filed under | 25 Comments

assalamualaikum semua kawan-kawan..

hai! cik kiah datang lagi! hehe..okay, ye cik kiah tau semua mesti bengang dengan cik kiah kan? takpe2. cik kiah tak kesah pon..sebab ape yang cik kiah sampaikan dulu tu, semua nya betul-betul belaka. tiada cerita yang dibuat-buat atau direka untuk cik kiah dapat publisiti murahan. cik kiah low profile je.. lupakanlah yang dahulu.okay?

owh da gak lama cik kiah tak tulis apa-apa kat blog ini. maklumlah da sibuk kan.. tak lama lagi da nak exam lak. risau nyer bukan maen tau.. rase nk kentut pun tak sempat. asyik bukak buku je. yelakan, orang bodoh kena la buat cara orang bodoh. janganlah berlagak bodoh sombong macam seseorang tuh.. buat cik kiah menyampah-sampah je tau. geram betul!

cik kiah harap semua rakan-rakan dapat study dengan bersungguh-sungguh, fokus! jangan baru study beberpa minit. suda tido, gi jalan-jalan, kononya nak release tension konon. kentut. de pulak yang baru je start study da maen2 msg dengan pakwe or makwe masing-masing. alahai.. tolonglah okay. ingat dia sorang je ke ade pakwe? orang laen ade relax je.. study lah dulu, barulah boleh beromantika, nak msg sampai tercabut jari pun boleh, cik kiah tak kesah. bukan jari cik kiah pon.

cik kiah tengok, blog ini da semakin cantik, walaupun ramai tengok cam de bunga-bunga sikit. siapa yang design blog ni ek? fayard ke? cik kiah da agak da..fayard nie memang jiwa yang berbunga.. jiwang je tau. da lah nak jadi perempuan, pakai tudung aritu.haha. hurm..at least sekarang blog ni da berwajah baru. tahniah la kepada fayard dan mawi sebab da berusaha buat blog ini sebaek mungkin. good job! haa..cik kiah nak tegur sikit ni, kawan-kawan laen tolonglah support usaha dyorang okay. penat2 je dyorang buat blog untuk korang.. bukan senang tau buat blog nie. bukan maen copy paste je. mesti kena pandai maen dengan code bermacam-macam.. bahasa komputer semua tulah..cik kiah tengok abg cik kiah design blog pun da penat da. pening mata.betul tau..nie bukan nak membanggakan sesiapa. cik kiah cakap je.

hope pasni, semua participate dalam blog nie. bukanlah sekarang.. sekarang mesti semua sibuk kan? bila-bilalah okay? blog ni untuk merapatkan hubungan kita semua. so takdelah masing-masing nampak macam sombong je.

pesanan khas buat sesiapa yang terasa.. janganlah kita bergaduh satu sama lain. sayang kawan-kawan.

ini pesanan buat semua. dahlah, cik kiah nak sambung study nie.. next 2 weeks da nak exam. kawan-kawan yang laen doakan kami disini tau. semoga lulus dengan cemerlang. cik kih tak sabar betul nak sambut cuti raya cina nie. sabar je tau..

ok berjumpa lagi. bye-bye semua.

pertama sekali diucapkan selamat pulang kepada semua bdk2 usu 09 ke medan yg terchenta...jam dah pkoi 1.28 am waktu msia da ni..cian fayad dok edit blog sowang2..ni aq nk post la kongsi2 cita2 baru kat medan terchenta ni...

sejak akhir2 ni rmai pelajar2 lelaki di intan ini mengalami masalah BAB...
masalah ini melanda hampir kesemua pelajar lelaki yg mempnyai sistem kekebalan perut yg lemah....(x spt pait dan payad yg memiliki sistem kekebalan perot yg awesome)

masalah sistem immune prot yg lemah ini menjadi perbualan harian bdk2 intan 6 sejak akhir2 ini berikutan ada beberapa orang ahli yg mengalami masalah dgn BAB...pelbgai cerita dan pendapat yg dberikan oleh pnderita2(nama dirahsiakan) berdasarkan pengalaman mereka BAB..ada yg lucu,kasihan,dan marah kerana ada yg terpaksa mnunggu giliran utk mnggunakan WC...bermacam2 gaya2 dan kondisi yg dikongsikan bersama utk menguraikan kekusutan yg terjadi kesan dri masalah BAB ini...klu ingin tahu lbey lanjut anda boley mrujuk kpd penderita2 masalh ini.

p/s:diharap kepada semua pedrita2 cepat smbuh...
aku bosan sbenarnya xtau nk tulis apa..hahahaha

Hari itu, aku ada borak-borak sikit sama anak Tan Sri Nordin. Kami borak pasal bisnes. Masih kah kalian semua ingat tentang nasi lemak MAHATELIAS?? Ala, nasi lemak yang sedap2 tu. Sambal dia, pergh, kalau makan sampai jilat2 bukan setakat jari, bahkan hujung kuku, taik bawah kuku dan telapak tangan sekali.

Memandangkan keempat-empat pelopor syarikat ini telah menuntut ilmu di empat penjuru dunia berbeza, maka kami merancang untuk membuka cawangan di bertam, medan, jakarta, dan rusia. Justeru kami membuka kepada sesiapa yang berminat untuk membeli saham syarikat ini dengan harga rm 2.00 satu blok, ya, mahal sikit saja dari amanah saham 1malaysia. Untuk pengetahuan semua, pihak dato2 acms mahu membeli sebahagian besar saham kami, tapi kami tak mahu jual sebab takut mereka main saham macam uruskan acms, pakai kepala lutut. Informasi tambahan, saham kami telah terpacak di BSKL, BEI( bursa efek indonesia) dan menunggu masa di saham rusia kerana budak rusia sebok bisnes weed dia.

Memandangkan keuntungan bersih perniagaan mahatelias yang besar iaitu kira2 mencecah 50000 rupiah, syarikat ini juga merancang mahu menaja kelab-kelab bola bawahan epl seperti wolf, birmingahm dan tak terkecuali liverpool. Sekian saja laporan tahunan syarikat mahatelias, yang dibuat tak sampai lima minit namun mampu mengalahkan pendapatan syarikat besar seperti air asia. Bagi budak2 yang rindukan produk nasi lemak kami, tunggu. Sesungguhnya kami akan kembali. Ingatlah slogan mara iaitu, Keushawanan Kerjaya Pilihan. Kami tahu ramai antara kita biasiswa mara. Jadilah seperti kami, usahawan2 yang berjaya. Terima kasih

seminggu lepas... aku ke rumah kesayangan di bukit mertajam menempatkan kanak-kanak spastik... visit ini dilakukan dalam masa yang singkat sahaja kerana objektifnya cume satu...mengetahui aktiviti yang boleh dilaksanakan disitu... so..tiada apa yang ingin di bincangkan sekadar gambaran kanak-kanak di sana...


kanak-kanak comel ini sedang mempelajari warna

kanak-kanak yang sedang mempelajari ABC

Ini pula kanak-kanak yang sedang menjalani fisioterapi

Semalam, semalam, semalam..
terasa seperti semalam baru ku melihat keghairahan mereka,
sibuk ke sini, sibuk ke sana, seperti mahu kiamat ini dunia,
kata mereka hajat di hati ingin membeli cenderahati untuk semua,
sambil berbisik " apa jadah ini semua? "
sibuk juga menghitung hari di kalendar.. oh sungguh happy mereka.
pejam celik pejam celik,hari di kalendar kian tiba,
tunggu punya tunggu punya tunggu, pulang juga mereka ke Malaysia. Akhirnya..

Semalam, semalam, semalam..
terasa seperti semalam ku dengar bibik di medan sana,
membisikkan sesuatu.. sesuatu pesanan yang berharga,
" nanti pulang kemari,, bawa sekali ole-ole nya ya.."
bibik, akan kami semat ketat di hati.

Semalam, semalam, semalam..
terasa seperti semalam ku hidu bau malaysia,
tak seperti bau di medan sana,

Semalam, semalam, semalam..
terasa seperti semalam seperti mimpi indah, sungguh indah,
bertemu sahabat handai di pv sana,
menyapa mak cik cafe di pv sana,
beromantika sepuas-puasnya disana,
terubat rindu di hati sanubari ini,
rindu..rindu serindu rindu nya.

Tapi.. semalam hanya semalam,
Besok tentunya tidak akan sama seperti semalam,

Besok, besok dan besok..
Mungkin mereka kembali terlihat boyak nyenyak tidur diulik mimpi semalam di dalam kelas,
Mungkin mereka kembali terlihat Acong bertapa di atas katil bermain permainan maya,
Mungkin mereka kembali terbau masakan Faiz, dia hebat mengetuk-ngetuk kuali di dapur rumah nanti,
Mungkin mereka kembali terlihat Fayard khusyuk mengaji di dalam biliknya. suaranya merdu sekali,
Mungkin mereka kembali terdengar suara sayup sayup, afiq dan izzul lincah bergosip,

Tiada apa yang yang dapat menghalang kesedihan hati,
Kami tidak mahu pulang, kami tidak mahu pulang,
Ya tuhanku, berikan lah kekuatan..

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..

Selamat tinggal semua.. Kami akan kembali.

ok, entry kali ni aku plak nak cuba nasib kat blog ni, sila beri tunjuk ajar ya. seperti yang title ni tulis, agak-agak u all la kat mana?mungkin u all pikiaq dekat TITI HAYUN. xpon PARK AVENUE. kan kan kan.

tapi jangkaan u all salah sama sekali. tempat tersebut tak lain dan tak bukan ialah rumah OWN.

ya, rumah aku pernah menjadi pot budak-budak pre-med lelaki time cuti tak pon time nak jumpak awek dan family nya.

jadi tidak salah jika aku selitkan gambaq sekeping dua buat tatapan semua. enjoy~



ni 1st destination kat jitra. cantik kan tempat ni. time ni budak seremban ngan budak lumut tengah gadoh dengan awek masing-masing. mencari ketenangan la tu konon. macam gay pon ada gak. ceh

time ni dekat rumah nenek faiz. budak-budak ni dah xtahan + excited nak MELABOR. aku pon xpaham kenapa. xsenonoh betoi. mungkin kat lumut ngan seremban sistem kumbahan tak elok kot

ni satu lagi benda tak senonoh budak-budak ni buat. ada ka patot depa nak pecah rumah atok aku. gila ka apa kan. selamat tak bawak likin, kalo tak mesti dia dah bakaq dah rumah atok aku ni..

hah! kan aku dah cakap depa gay. ni kena tangkap basah kat bukit wang. senyum kambeng plak

aku rasa setakat ni dulu yang aku mampu. tak penah seumur hidop aku tulis blog. kalo ada yang tak berpuas hati sila hantaq komen anda ya!


budak md-ukm dah post gmbr,budak usu dah post, kali ni budak jakarta plak nak post jugak.... kongsi2 sket gmbr dlm laptop aku ni..

walaupun gmbr-gmbr agak lama.. tapi korg mesti belum tgk lagi.. jgn risau. semua gmbr ni tak bukak aib orang.





najib jgn marah.. aku dgn mawi bergambar je. :)


alamak.. aku ingt byk sgt gmbr aku dgn mawi dgn marsilah dgn ...... ( aku dah lupa nama lagi 2 org tu)

nti2 aku upload lagi. :)


salam~

aftr membelek2 lappy ku~~
ak tebukak la file nih~
HOLIDAY DI DANAU TOBA~
sje nk share gn kowg...
pix yg da lapok..bt xkire..nk share gk~~;p

spe2 yg telibat...sorry~~~~^_^




otw 2 danau toba~




yeah~ menuju puncak \(^_^)/



love u oll stdnt MD USU 09 ^_^






gamba

Filed under | 10 Comments

assalamualaikum n salam perpaduan sume...
cukup2 la isu cik kiah tu... ak rse semua org pon da muak membincangkan psl tu..
yang xtahan sampai ramai yg mengaku diri sendiri tu cik kiah.. haha.. bangge pulak jd cik kiah eh?? so, dlm menyokong usaha empunye blog ni utk bukak satu topic baru...
ak pon nk share la due tige keping gmbar tym premed dlu... lame tersimpan dlm lptop...
pada insan2 berkenaan.. mintak maap bebyk ye?? hehe...


disuatu hari yang indah... dlm pjlnn blk ke kl.... syok pulak tgk pakcik nih tido..

ditemani sahabat yang setia disisi... oh ye... tym ni bulan pose klo xsiap... sian mereka.. penat kot..
yang ni xtaw lak kondisinye cmne... no comment~ hehe


p/s: hanya utk suka2.. mintak maap skali lg pd insan y terbabit... hihi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Selepas bbrp hari yg lalu nih, kita sume sibuk ngn isu Cik Kiah 2...
so, ap kata kita lupakan ja psl beliau..
Aku just nk kongsi2 gmbr2 yg dh lma terperap dlm lptop Toshiba aku nih..
Kpd mereka yg terlibat, aku nk mntk maaf..hehe...

p/s curah kn pandgn dan komen korg terhdap reaksi2 mereka di Medan, Indonesia



assalamualaikum...yo rakan2 sume, dah2 la tu wat entry psal Cik Kiah nih

nt die igt die famous kott..itu yg die nak~~

salam sume

sume chat

cik kiah sihat x
semenjak dua menjak ini ,blog kita telah di gemparkan degan keganasan cik kiah,penulisan nya lebih ganas dan merbahaya dari pada senjataus yang digunakan untuk mengebom iraq

cik oiii...

nape buat mcm ni

nape x ckp je ape yang kita org dpn

cik kiah x tkut ke satu hari nnti kalau cik kiah nyer identiti trbongkar

cik kiah tak malu ke nnti ataupun x takut kne band seumur hidup

cik kiah2

jgn mcm ni cik kiah

kalau cik kiah bdk md ukm
sye amatlah kecewa

malulah saye sebagai warga md ukm cik kiah

saye rase pun bdk2 usu yang dtg x nk jmpe cik kiah pun

ape nk keco2 cik kiah

cik kiah nak becinta ke
nape jles ngan couple2 ni
ade dorg beromen dpn cik kiah
cik kiah xlaku ke
jgn la nak promote dri dlm blog ni cik kiah

cik kiah,
knape x apply ape yg kite blaja time sgd cik kiah

igt dh lulus sume modul
cik kiah bgus sgt
smpai x reti nk apply ape yg kite blaja


lastly

cik kiah
mnta la maaf
reveal la dri cik kiah oiii
segan la dpt kwn mcm cik kiah ni
malulah cik kiah oiiii

Salam.
Sebenarnya saja nak tengok je perkembangan persatuan macam mana kan.dari awal pertubuhan,ternyata banyak post2 menarik dan mantap untuk dibaca. Clap for Mawi n fayard! good job la wei. dan makin hari makin ramai turut serta respon dalam blog kite ni.Tahniah pada boyak berjaya post satu dua post yang gampang.haha.(aku ngah tunggu hanis pontian post 1 post.)

Dan akhir2 ni,kelihatan ternyata panas dengan topic Cik Kiah kita.Tahniah kerana bagi kata2 semangat dan juga kata2 nasihat. Tapi sayangnye,terlalu pedas untuk diterima.
Kiah,ade cara gak nak nasihat orang.agak2 la duk cakap tempias2 ni.kalau ko nampak ade orang berendek depan umah gelap2,kenapa xpergi tegur dengan saksama dan bijaksana?kenapa mampu suarakan die medan maya?tarak tekak pe? Aku rasa kecewa jugakla akan sikap cik kiah dalam menjadikan Blog ini sebagai satu medan suarakan ketidakpuas ati beliau.aku yakin,budak2 indon bukan sombong k.kalau ko tegur dowang kat fb then dowang xreply,kenapa nak buruk sangka?ko pun budak medic kan?confirmla dowang bz.(kalau x,kluar je dari blog ni.xpaham2 nama blog pe,sengal)

kenapa yang buruk dicari kiah?usaha mawi dan fayard buat blog,ade ko puji?usaha budak2 pv datang tengok member,ade ko sambut?aku taula dowang spe,tapi sambutla jugak,atleast dowang ingat budak md jugak k.kalau dowang xtego ko kat pv,tgorla dowang.ko ingat ko spe?kene orang yang tegor ko?ingatla beb.gua duk jauh,tapi selalula jugak pantau kan. Kenapa pakai nama cik kiah kalau nak berdakwah bagi nasihat?kenapa tak pakai nama sebenar?ke nama sebenar kiah sameon? hrm?ke malu...takut kawan pulau...kalau nak berdakwah,nasihat,xyah takutla wei.xde orang maki balik kalau benda tu betul,berdasarkan jalan yang lurus macam kat sungai buloh.k?

Kiah,Kiah,agak sesal gakla dengan cara ko ni.Kenapa nak dibezakan Budak indon,MD UKM? bukan dulu time test sume amek?bukan yang g ukm atas permintaan sendiri?hrm?kenapa nak dibezakan..haaa..geram aku ngan kiah ni.kang aku balik Mesia aku cari ko sampai dapat kiah.nak tengok sape ko yang brani cakap blakang,tapi realiti,cuma seorang yang xmampu suarakan pendapat.

kepada rakan yang terasa.atas kiah yang hebat,ku minta maaf.beliau legend.kita semua ni apela kan.kepada raden,ko jumpe kiah,ko hentam dia. Budak acms premed batch 2008/09 paling the best,aku admit.so kiah.laen kali,sound depan2,jangan di alam maya.kepada mawi fayard,truskan usaha mengepost post yang mantop.kepada buyak.stay mok k?haha.

miss u all guys.take care.Kiah,ingat,ni bukan batch bodoh2 ko boleh bantai sesuka ati.

Assalamulaikum semua, apa habaq, rindu che' tak? Ni apa che' dengaq dok pi gaduh2 semua ni? Che tak kesah la hangpa semua nak gaduh2, nak bertumbuk semua. Tapi ini dah banyak dah post pasai cik kiah ni, che' nak baca blog ni sambil korek hidung pun tak selesa naaa. Punya tak selesa sampai terkeluaq bahasa utara ni, tu pasai che' tulis serupa ni. Ni che' nak habaq mai ni. Dekat cik kiah, che' selaku admin tak larang la cik kiah nak pi tulih apa pun, nak tulih surat cinta pun lantak pi la, tapi sentiviti semua orang kena jaga. Bagi yang meneguq, che' hargai sangat2 la, tapi tulis satu dua artikel sudah la, nie punya banyak naik jenuh che' nak try baca. Jangan sampai che' naik syeikh baca sudah la. Banyak lagi perkara kita boleh tulis kan?

Ok, cukup pasal hal itu. Ini che' nak bukak segmen baru. Tajuk segmen ni segmen perantauan. Haaa, jangan pikiaq member2 kita yang pi stadi dekat indonesia saja merantau, dekat penang merantau juga. Takdak yang dok betoi2 dekat kepala batas kan? Segmen ini mudah ja, hangpa semua kalau ada gambaq2 terbaru atau lama yang nak kongsi sesama, post dekat sini, tapi di bawah gambaq tu kena la letak description. Tak kesah description apa pun, dan tajuk post mesti gambar perantauan disertai dengan no seperti Gmabar Perantauan 2. Cuma, gambaq2 tu mesti sopan, jangan tak senonoh dan tidak memalukan orang yang berada dalam gambaq kecuali ada keizinan. Sapa yang tak suka, cepat2 komen, che' teruih buang post itu. Di bawah ini contohnya :


'Dua orang jejaka selepas dinner bersama menteri di jakarta semalam. Walaupun pakaian formal begitu sudah berhabuk kerana lama tak pakai, namun susuk tubuh mereka dan wajah mereka tetap kelihatan hensem dan segak dalam pakaian tersebut. Jejaka sebelah kanan sedang cuba membalas jelingan manja dan nakal seorang datin ketika suaminya seorang dato' pergi merokok. Oh, kepada para wanita sila jangan kecewa. Jejaka di sebelah kiri sudah berpunya.'

Kepada budak2 yang rindukan kitorang, print gambaq ni, pi cium malam2 sebelum tidoq. Mudah-mudahan tidoq tak mimpi bukan2 na. Kalau mimpi basah kami tak tanggung ya. Amacam gaya che' cakap utara? Ada can nak jadi menantu orang utara tak?

hmmm cik kiah,
ape faedahnye awk buat mcm ni?
x brani dh nk tegur dpn2?
cuak ke?
mmg la kwn kne nasihat antara stu sme lain..
tp kdg2 ble dh melampau
blh putus kawan...
cik kiah nk mcm tu ke??
kteorg sume x nk gaduh2 ni..
wlaupun x la kenal sume..
tp kteorg sume syg antara satu sama lain..

tp kte br je blaja assertiveness kan?
sy konfem yg cik kiah ni dak md ukm...
nk tegur pun...
tegur la secara elok....
budi bicara mne? dh ilang ke?
mcm ni nk jd doc??
x sesuai langsung seyhhh

rsenye kt bilik tu mesti ade cermin kan?
g la cermin diri tu dulu
baik ke aku ni kan???
aku ni xde kekurangan ke??
sblm tegur org...nilai la diri sendiri tu..

betul ke ape yg sume cik kiah nmpk?
ntah2 silap pandang ke??
jgn membuta tuli laaa...
bkn nk ckp ape..
kdg2 ape yg kte ckp tu
nnt akan terjd kat diri kite blk..
percaya la..
mne tau nnt cik kiah pulak yg akan buat sume ape yg cik kiah comment...
x percaya gak?? tunggu la stu hari nnt...

apesal lak dak usu kerek2?? sombong2???
sy x rase pun diorg camtu...
mereka still contact ape...
myb yg xdtg tu sbb xde bajet...xde duit..
bkn sume org kaya...ape la..
pk la +ve sket...x dtg motivasi prof.muhaya ke???

bkn nk ckp ape la...
sy ni, member2 baik sy sume kt sane
tp diorg x lupe sy pun...
sy pun x lupe diorg..
ape punye pemikiran la yg cik kiah ade ni??


ske ati la cik kiah nk ckp ape
kteorg x nk gaduh2...
blog ni nk merapatkan hubungan kami sume
bkn nk merenggangkan lg...
myb cik kiah ni bkn bdk acms pre-med??
sy rse mcm tau spe cik kiah ni la..
dh la cik kiah..hentikan je la...
tegur secara baik je la..
assertiveness meh!!!

brani meh la berdpn ngn kiteorg sume...
jgn la nk sorok2...
penakut nmenye tu..

p/s jgn lak cik kiah terasa...sy cume ckp ape yg ade dlm hati ni
peace all...no gaduh2 la...=)

asalamualaikum semua..
minggu ni genaplah sudah 4 minggu aku dan rakan2 usu yg len bercuti di rumah.bila difikirkan balik x tahulah ape yg ak dh wat kt umah selama 4 minggu ni.duet abes xtahu kemne.hjt dihati nk melawat kwn 2 di pv.tp bile ak belek blk wallet,yg ade cume 2 kpg duet 50000rp dan 2 kpg rm1,ak btalkn sje hsrt trsbt.aku hrp rkn2 yg len sume mghbskn cuti mereka ngn aktiviti2 yg berfaedah.mklumlah, x lame lg kite akn mymbg semula pengajian di usu.

pg td ak bukak blog ni,terbace post bru dri cik kiah kite.bergelumang bulu kaki ak bce.nsb bek ak ngntok lg,klo x mmg akan terkeluar komen2 mencarut dri aku.post bru dri cik kiah ni mnyebabkan ak rse nk bls blk ape yg ditulis cik kiah ni.

betul ke cik kiah bdak usu ni kerek? betul ke payad kite kerek? betul ke mawi?ak xrse pon ak ni kerek kt dak2 ukm.sampai skang ni ak msh lg kontek dak2 ukm cnthnye sipot,komang dan likin.
ak rse ko ni cik kiah ade salah fhm sket r.klo ko rse x puas ati,x sdp ati,mkn ati ngan bdk yg tertentu, ape kte ko ckp je ngan die dpn2.kan senang.x yah nk tulis kt blog ni.wat skt ati je bdk2 yg x kerek len bce.x elok ckp2 blkg ni cik kiah oi.wat tmbh dose je.

berkenaan rokok plak.ye. ak mmg akui.rokok tu mmbahayakn kesihatan.boleh membawa kemudaratan.tp setahu ak r,org yg isap rokok tu x kaco ko pun cik kiah.diorg x gune duet ko pon nk beli rokok.klo die isap rokok dkt ngan ko smpai asp tu kne ko,ko halau je r diorg.ade bejuta sbb dak2 laki ni isap rokok.klo ko tye dak2 laki yg isap rokok,mesti diorg ade sbb2 yg tersndiri.jd cik kiah x yah la ko nk sound2 kitorg psl rokok.sume dah tau da.ko jge kesihatn sndiri dh r.

kepade cik kiah,sudah2 la post yg pds2.bole bikin gado je.kan tmbh dose tu.klo da geram sgt pon cik kiah,x yah nk lpskn kt sini.org2 len pon geram jugak.kite x nk gado2 bak kte mawi.
drpd ko post pds2 bek ko study anatomy.nt nk exam xde r mengelabah.xde r lepas exam dpt pointer teruk nk nyesal2.ak dh tau pon spe ko cik kiah.tahupon ko tu x glamour cam aku.

dh r,drpd ak lyn ko cik kiah,bek ak lyn martian child.
ak syg korg sume kecuali cik kiah.hahaha

Assalamualaikum...

hai! hai! hai! cik kiah datang lagi. kiah bukan datang nak jual kuih muih, karipap, masalodeh, or apa-apalah. kiah saja je, da lama tak tulis apa-apa. mesti korang semua mencari-cari siapa cik kiah ni. lawak betul. tak payah lah cari, korang memang tak kan tau punyer, kiah tak lah se-glamour mana pun. lupakan je lah okay.

first of all, kiah mintak maaf la sangat-sangat kalau post kiah nyer dulu terlampau pedas sampai berapi-api. tapi takdelah sangat kan? kalau orang tu makan cili memanglah rasa pedas, padanlah muka. siapa suruh makan cili? cik kiah tak suruh pun kan?

sejak hari-hari ini, ramai kawan-kawan kita datang dari usu. khairul, faiz, fayadh erm itu je kot yang kiah nampak batang hidung diorang, pastu lagi sorang yang muka macam cina sikit tu, ntah da lupalah nama dia, idham kot. maklumlah,dah lama tak jumpa kan.mardiah pun ada datang sekali. baguslah diorang datang, melawat kawan-kawan di putra villa ini. teringat gak korang kat sini kan. terima kaseh banyak-banyak..

tapi, kiah bukan nak jaga tepi kain siapa-siapa la.. cuma nak cakap apa yang betul. kebanyakkan sekarang budak-budak usu nie cam da kerek @ sombong sikit. dulu-dulu elok je study pre-med sama-sama. tapi sekarang, da jumpa pun tak nak bertegur sapa. kiah tahu, siapalah kitorang kat sini kan? janganlah sombong-sombong sangat, nie kat facebook pun bila tegur, buat bodooooo aje. siapa tak panas?! perempuan lelaki sama sahaja. kiah tahu, tak semua bersikap ala ala bongkak cmni, ada gak yang teringat kawan-kawan kat sini.

tak kesahlah, datang ke pv nie semata-mata nak jumpa awek ke, nak jumpa kawan-kawan, nak mandi kolam yang busuk macam longkang tu ke, nak gi makan-makan kat rz tu ke, cik kiah tak kesah. tapi, janganlah sampai lupa kawan. suda sombong. ish2.. apa la nak jadi.

beberapa hari lepas, semalam pun ada gak, kalau nak tahu.. cik kiah nampak la sepasang kekasih nie, duduk berdua-duaan di tempat gelap, di depan umah, bermesraan berdua-dua. romantik la konon nya la ek. geli adelah! benda nie da lama kiah nampak, dari dulu lagi, tapi kiah buat tak tahu je. ye la kan sekarang masing-masing da besar, mulalah nak mencari cinta disana-sini. da banyak rakan kita ber-couple-an kan? kita kawan nie, kena nasihat antara satu sama lain. ingat tuuu!

kiah ingat nak post entri nie malam tadi, tapi tak sempat. so hari nie je la post.ini pun curi-curi masa sikit dalam kelas. maaflah, kiah cuma nak mengingatkan. kiah sayang korang semua..okay? bye-bye.

Sebanyak 14 buah lagu akan dipertandingkan pada malam 10 Januari 2010 nanti.  Baek korang siapkan semua kerja-kerja yang lecturer suruh buat, study betul-betul, settlekan apa yang belum settle. Sebab  malam nanti, boleh tengok AJL dengan senang hati tanpa resah.

Anugerah juara lagu ini memberi peluang kepada para komposer atau penyanyi untuk menonjolkan seni lagu masing masing. Ini sememangnya baik untuk industri musik tempatan di negara kita yang semakin lama hilang begitu sahaja. Saya tengok kat Malaysia ni, lagu yang diputarkan di radio, asyik-asyik lagu indon, asyik-asyik lagu indon, indon-indon, asyik-asyik. Betul kan? Saya bukan suruh nak benci lagu indon. Sayangkan  Indonesia. Kita serumpun. Ini semua salah radio.

AJL ke-24 ini bakal memberi saingan yang sengit antara finalis. Dari segi sarikata lirik, tempo lagu, persembahan, semua akan dinilai. Black dengan lagu yang dibawa, Aku Sayang Kamu mungkin akan memberi kejutan, kerana vokalnya yang mantap seperti Lan (Azlan & Thetypewritter), peluang menjerit terlalak-lalak tanpa belas kasihan mungkin terjadi, lagu yang catchy, boleh menawan hati juri. Jujur dan ikhlas, saya tak suka Black, erm dye cam poyo sikit. Tak kesahlah, juri yang menentukan.

Tomok. ya tomok! dengan lagu Rindu Terhenti. Saya memang fans hardcore dye dulu2 masa zaman pra-mumayyiz..tapi sekarang tak lagi. Sejarah takkan berulang. Beliau sering menjadi pujaan gadis-gadis yang selalu terkeliru antara Akmal (MD UKM)  dan Tomok. Dua-dua hot, kacak, kacak dan hot. Bagi mereka berdua, rambut dianggap aset yang penting. Kalau nak dapat tumbukan free, tryla usik-usik rambut dyorang.

Mungkinkah fenomena musik indie telah memberi peluang untuk Hujan, Yuna dan Bunkface untuk beraksi pada malam esok nanti? membuka mata-mata sekalian manusia di malaysia ini. Sehingga budak-budak sekarang semakin fanatik dengan gaya-gaya yang dikatakan 'indie'. Merepek! indie mana ada gaya.
Budak-budak yang tak ketahuan yang kononnya budak indie ini pun cakap,

 ' baju kolar V, baju kotak-kotak, seluar skinny jeans, bla bla bla itulah indie bro..' .

Hurm..indie la sangat, show off je tau, makna sebetul-betulnya indie tak tahu. Kau india, bukan indie. Maaf, ini bukan rasicm, tiada kaitan.

Amat mengecewakan apabila lagu Seiring dan Sejalan yang didendangkan oleh Hanis dan Elias tidak layak ke final. Mereka pernah membuat persembahan pada malam jamuan pre-medic pada tahun lepas. Orang TV3 cakap, mereka gunakan ubat guna-guna kat juri profesional tersebut nak bagi lagu dyorang masuk final. Ish2,khurafat. Tapi ini tidak mengecewakan Elias apabila lagu Cinta Adam Dan Hawa layak! tahniah. 1,2,3 go! *ramai-ramai* cinta adam dan hawa..~

Lagu Dan Sebenarnya pasti menjadi pilihan penonton. Kalau ada undian sms, confirm boleh menang. Sebab Yuna sekarang ramai penyokong. Bunkface? Ramzi (bukan nama sebenar), kalau i nak baju bunkface boleh tak you..orang laen dapat, i tak dapat pun tau..
ah, tak larat nak gelak. Nostalgia zaman muda-mudi. Tahun ini, takdelah lagi tengok AJL ramai-ramai kt pv, penuh satu rumah Arip, tv Ramzi. Mereka berdua kawan baik. Baik sangat. Sesak, Macam bangla duduk lepak lepas abis keja malam-malam kat umah usha tv.

Persembahan pada malam ini bakal memberi keputusan yang mengejutkan. Istimewa buat Misha Omar,, go! go! chayok!


 Foto AJL ke-23.Tiada di  dalam ini: siput ( dia tangkap gambar )



* Pagi tadi terdengar lagu Couple-Pergi di radio Muzik.Fm. Masuk pun radio!

1)Musim sejuk yg ekstrem di England yg patutnya aku tgk EPL tergendala.


2)dengan ending yg sume dah tau...Man Utd la menang...boring btol asyik mng je kan?

3)ditambah dgn kemenangan Emas pasukan bolasepak Msia di Loas.

4) 3 faktor ni buat aku tibe2 je nk tgk Liga Perdana Msia atau nama grand nye Liga Premier.

5) berita baiknya ada kawan kita kt acms yg akan main ni...player ni sperti kita tau...torres pun main sama2 dgn dia dulu...dia pun sendiri cakap yg ronaldo pun datang klinik bola sepak anjuran dia...hebat2..

6) mcm mane tibe2 dia boleh dapat main ni?? haha...untuk pengetahuan sume...Pos Malaysia FC menerima jemputan dari FAM untuk menyertai Liga Perdana.

7) ini kerana kehebatan mereka yg menjuarai Liga FAM musim lepas walaupun dengan ketiadaan player dari acms yg hebat ni..

8) faktor lain yg team pos ni dapat main kt liga yg paling tinggi standardnye kt msia sebab...team2 club lain dah bankrup..mcm team My team dah jadi team futsal acms kt medan...team proton dah sedar yg jualan krete proton pun x brape ok..nak main bola pulak...

9)faktor yg utama ialah FAM nk tgk pemain Pos dari acms yg digembar gemburkan hebat..

10)mesti sume dah tau kan player ni...Pos msia dan torres....sape lg kan?

11)menurut jurulatih team pos Alan Lim.."bagi saya bola ni sama je sume...dan yg paling penting bagi saya adalah fitness...atas padang team yg paling fit akan ada chances nk mng"

12)diharapkan hanis dpt meningkatkan fitnessnya kerana coach anda sgt pentingkan fitness.

13)menurut manger team Pos Msia...(seorang perempuan ya) team pos ni berasaskan staff2 pos sendiri..60% player adalah kaki dan tangan pekerja pos..13 adalah posmen dan seorang adalah kerani pos..selebihnya adalah pemain2 import dari club lain.

14)manager ni bley lupa plak pasal hanis...haih...dia x mention pun player world class yg ada dlm team dia..mungkin dia nk low profile dan x nk mengejutkan bnyk pihak...nnt ada club baru yg tarik diri pulak..mcm club USM FC dan team Muar mne ntah...sori ye..Pontian dan Sungai Buloh tidak terlibat...

15) target team pos ni realistik juga lah..nk stay dlm liga perdana ni long term...3 tahun...klw ada surat2 yg korg patot dpt tapi x dpt...ni korg kene tny posmen2 dlm team ni...sebok sgt main bola kan?

16) kpd rakan2 jgn lupa nonton perlawanan antara Negri sombilan dan Selangor ye...hari ahad..piala sumbang dan kasih...=SUMBANGSIH...ok

Assalamualaikum, apa kabar semua? Sehat? Cik Kiah sehat? Kalau sehat alhamdulillah, kalau tak sehat, lantak la. Da nak jadi doktor, pandai2 la jaga kesehatan.

Kami di pengurusan blog ini amat bersuka cita sekali sebab telah hadir ramai penulis yang ingin menabur bakti kepada blog persaudaraan kita ini. Lagi2 sekarang dengan kemunculan cik kiah yang mengundang pelbagai kontroversi dan spekulasi. Pihak pengurusan blog masih menyiasat identiti sebenar cik kiah ni, biasa la, buat kerja pun macam pengurusan acms jugak. Buat kerja pakai kepala lutut, bukan kepala otak, biasa la orang kita. Tahniah kepada cik kiah kerana membuat post yang menarik, dan pedas. Pandai cik kiah cili orang ye. Kepada boyak yang hensem, jangan la mencarut dekat cik kiah, kita kan orang melayu. Nanti kitorang ban kang, haaa, baru taw. Takut tak?

Sempena tahun baru ini, kami di pengurusan blog ingin meningkatkan lagi tatasusila penulisan artikel di blog ini. Kerana takut cik kiah marah2 lagi, di samping persatuan mahasiswa islam acms pun dah menjengok-jengok ke blog kita, kami di pihak pemerintah provinsi blog mengharamkan sama sekali penggunaan kata-kata kasar, kesat dan sesi mengutuk orang dalam blog ini. Namun, jika kutuk2 manja seperti yang dilakukan oleh mawi kepada boyak, elias kepada hanis, payard kepada mawi, siput kepada komang adalah amat dihalalkan. Kerana kutuk jenis itu telah terbukti mengeratkan persahabatan antara mereka. Kami tahu semua pelajar di acms kool lagi2 ramzi dan boleh menerima kutukan manja seperti itu. Kami juga menggalakkan lebih banyak penulis baru untuk menulis, dan penulisan b.inggeris diperbanyakkan. Apa guna belajar dengan mr banoo setahun kalau tak power bi bukan?

Itu sahaja, simple bukan? Dan bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan di atas, akan dikenakan satu denda berat. Dendanya ialah belanja mawi, payard dan bapak (el) makan keropok lekor depan surau sampai kenyang. Nak belanja air soya pun leh jugak, walaupun kami baru terbaca air soya boleh mengurangkan kejantanan. Kami dah cukup jantan kami rasa. Kalau payard mintak tambah mee goreng rm2 tak nak sambal, juga perlu dilaksanakan. Dia adalah bapak segala kutu acms. Owh, kami juga berhak menyaman sesiapa yang melakukan kesalahan melampau dengan menggunakan loyer orang putih. Mawi (orang itali) cakap sedara dia (orang2 eropah) banyak loyer.

Sekian, salam muhibah, salam satu malaysia. Owh ya, tajuk di atas dipilih kerana lagu m nasir tengah berkumandang ketika post ini ditulis. Selamat berjaya semua.

Sekejap je, pejam celik, pejam celik. kita sekarang di tahun 2010 . masa yang dianggap emas da lalu macam tu je. terpulanglah kat korang, emas ke tak emas ke, setiap orang telah diberi masa dan waktu yang sama. 24 jam sehari dan tiada lebih atau kurang. So, apabila melangkah di tahun baru nie, cubalah kita sama-sama merenung kembali. Apa yang telah kita buat selama di dalam tahun lepas? itu muhasabah diri nama nya. bagus kan begitu. Menilai kembali apa yang diri masing-masing sudah buat.

Kiah kat sini bukanlah nak mengata or mengutuk sesiapa dengan sesuka hati dan sesedap rasa kepada sesiapa sambil menyumpah seranah, "amik kau, rasakan..baru kau tau apa yang kau da buat, ingat orang tak tau lah?!" bukan camtu. ini sebagai peringatan kau, dia, mereka, kita dan untuk cik kiah sendiri. sudah bersedia?

Semua da tahu kan, islam melarang umatnya melakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan. Rokok termasuk dalam kategori ini, cik kiah rasa semua da tahu kan. Rokok itu haram untuk dihisap ataupun disedut atau apa-apa aje lah! Sedarlah semua, bahaya rokok tuh. Boleh membawa kemudaratan. Sampai bila baru nak stop hah? kau ingat dah nak mati nanti baru stop la ek, bagus la mcm tu. baek mati je terus okay. bukan kalau kau merokok, kau sorang je yang terdedah kepada bahaya, orang laen pun boleh mati jugak. asap rokok tu lagi membahayakan. Cukup2 la tu ok, kalau korang nak tau, perempuan tak suka orang lelaki yang merokok, kalau suka pun, itu terpaksa, cik kiah tau la. Dah la bau busuk, bibir hitam, bazir duit je. Sapa yang suka? korang ingat macho la ek hisap rokok tu? macho la sangat. itu membunuh diri namanya. Lagi sekali cik kiah ingatkan, perempuan tak suka orang lelaki yang merokok. Bukan perempuan je, semua orang.

Kita sesama manusia nie, kenalah jaga hubungan sesama sendiri, janganlah kutuk sana sini. Kalau niat nak memberi ingatan kepada orang lain tak pe. Ini kutuk-kutuk, ingat diri tu da bagus sangat ke?? Pastu masuk dalam bakul, angkat sendiri. Kalau masuk bakul sampah, takde orang pun nak kesah. Sebab da memang sampah kan. Cik Kiah tengok, golongan perempuan ini yang banyak kutuk-kutuk, alah, lelaki pun sama je lah. kau ingat kau bagus? Erm Gosip? itu sama lah. Cerita tentang keburukan orang lain di belakang orang itu yang dilakukan secara solo or berjemaah. Berdosa tau.. Kalau tak puas hati, bawalah berbincang. Itu lebih bagus. Mereka nak pakai tudung yuna ke, biarlah. dyorang nak kapel ke, biarlah. dyorang nak berlari bogel ramai-ramai di keliling putra villa macam dalam cite Scary Movie tu ke, biarlah. Oh, silap, yang nie tak boleh dibiarkan, korang kena banteras okay, amar makruf nahi mungkar.

Haa, ini peringatan buat sesiapa yang sedang hangat dilanda badai cinta. Bukanlah tak boleh berkasih-kasihan. Cinta kutub utara kutub selatan, ala-ala dalam drama kat tv2 tu pulak kan. Tapi janganlah sampai boleh terjerumus ke lembah maksiat. Secara fakta nya, ramai lelaki ini yang bersifat seperti buaya, buaya darat yang berkaki dua, bertopengkan manusia, sifatnya yang penuh dengan kesyaitanan, tapi! tak semua buaya itu lelaki, tak semua lelaki itu buaya. Bukan la nak back-up jantina lelaki or ape. lelaki ade gak yang baek. Cik kiah tahu. perempuan ade gak yang buaya. Tak percaya? percayalah. Tak kira lelaki atau perempuan, kalau da nafsu macam binatang tu, mulalah nak amik kesempatan disana-sini. Termakan dengan pujuk rayu pasangan masing-masing. Tapi, Kiah tahu, korang semua da besar, pandai berfikir sendiri, setakat nak bermesra antara satu sama lain tak pe. Janganlah sesekali mendekati zina. Zian itu hina. Kalau da tak tahan sangat, kahwin je la. Pastu bagi makan anak bini suami batu or pasir. Sedap kot..

Cik kiah harap, sedikit sebanyak korang amik iktibar. kita sama-sama kawan kan. kena jaga diri masing-masing. Hope, dalam tahun ini, korang dapat apa segala jadah benda yang korang hajatkan, material or rohani. tanamkan dalam diri, tahun ini, tahun untuk berubah. menjadi lebih baek, bukan menjadi lebih besifat kesampahan dan kesarapan. insyaallah, sama-sama kita. Cik kiah minta maaf lah, kalu terkasar bahasa. Sesiapa yang makan cili tu, pandai-pandailah cari air sendiri yer. Cik kiah memang da lama tahan da nie, geram betul tau! puas hati dapat luahkan segalanya. Maen-maen je. Berjumpa lagi di laen waktu okay. Wassalam. MOE




Sebarang kritikan atau mahu mengomel apa-apa? e-mailkan.
cikkiahcantik@gmail.com








aha...

post kali ini dtujukan selepas saye melihat post boyak,... bdk x kenang budi,dh la dlu aku jage ko bagai minyak yang penuh,skrg nk dtg melawat aku pun susa...

anda mungkin penah mendengar name all black ,canterbury,krm,tetapi anda pernah mendengar acms aces rugy team!!!

waaahhh,gler bangat nmer team ini....team yang recently ditubuhkan ..mempunyai kekuatan 20 orang..team ini juga mempunyai kekuatan pemain luarnegara seperti dari new zealand dan ausie.turut..coach yang diimport khas dari england telah berjaya membentuk pasukan ragbi 10 berpasukan yang amat mantap dan berjaya menarik minat abg burger,mahupun abang mekanik yang sangup meningalkan kerja mereka semata melihat kami ber main....



sekarang kita akan melihat lineup ataupun barisan pemain2 yang kebanyakannya mewakili negara mereka dan juga mewakili kelab2 yang amat terkenal di merata dunia

barisan forward....

1.el aka bapak crompton

pemain tinggi dan mempunyai bmi yang ngam2 25 menjadikan pemain ini adalh forward yang laju diatas padang....kelincahan kakinya yang menjadi igauan pihak lawan tidak dapat dinafikan....mimik mukanya semasa memebawa bola bagaikan gorilla yang hauskan air kelapa telah membuatkan ramai pihak lawan berfikir dua tiga kali untuk mentackle nya.

2.mad aka mad hobson

pemain kecik molek ini berasal dari negara nigeria .imej nya ala2 ustat tidak langsung melambagkan kerakusannya untuk mentackle orang diatas padang.semangat hati kering nya telah menjadikannya sebaris dengan ramai prop2 terhebat dunia seperti jack proster dan juga dan young..pemain ini juga penah digosipkan keranan menolong abg cafe menjual burger dicafe setiap mlm dan meletakakn pemain ini di repurtasi yg buruk semenjak ini

3.arep md akan arip lambert

huker kebangsaan negara itali ini telah menandatangan kontrak nike selama 3 bulan mngu ini di kedai al ihksan di depan megamall yg memebolehkn nya mendapat sepasang nike tempo .pemain yang mempunyai startergi pemainan yang agak bagus..larian2 nya yang laju telah membuatkan ramai pihak lawan tertipu degan kelincahan nya

4.Kamal aka kamal havana

pemain kelahirnya south africa ini sedang mengalami masalh passing .lariannya yang memukau pada mngu ini telah membuatkan coach kelab telokbakhang mengilnya utk menabur budi di kelab kampung halaman nya.pemain yang mempunyai semangat dan displin yang tinggi membuatkan die adlh antara jambu2 coach aka en muzamir dan juga presiden kelab.

5.syafiq aka komang Griffen

pemain kelahiran ireland ini mempunyai bentuk badan yang mengliurkan setriap LELAKI yang melihat nya...bontot nya yang tongek telah menjadikan pemain terjambu utk kelab ini.pemain yang mempunyai blok larian yg agak laju memebuatkan beliau adalh fly half trbaek di era ini..dummynya dan larinya selalu menkonfiuskan pihak lawan dan kadang mengkonfiuskan kawan-kawan ya tersendiri apabila larian sofbal nya diatas pdg telah berjaya mengelirukan pihak lawan.gf nya aka hanie yg telah membelikan but puma utknya telah memebuatkan pemain ini semakin bijak utuk mengaum di atas pdg

BARISAN BACK LINE

6.adi aka adi robinson

pemain kelahiran sabah ini mempunyai semangat dan displin yang tinggi..pemain yang sealu datang ke traing sejurus habis kelas pd pkul6 telah membuatkan dia seorn pemain kesayangn kelab.Larian nya yang laju membuatkan beliau seorang blind winger yang llincah dia atas pdg..SEorang pemain role model yang patut dijadikan contoh kepada pemain lain yang sealunya berasa diri mereka amat power.

7.hazrin aka hazrin brew

pemain kelad d` pepatih ini memang terkenal dikalangan acms..namanya mula diseut setalh turun kepadang dengan suar ragbi dan juga tight utk menutp aurat.side step nya yg amat lincah telah berjaya membuat pemain lawan tertipu degan nya..Masalh hubungan degan gf nya telah membuatkan pemain ini seakan2 lost fokus dan telah dijadikan bahan tebukan oleh ajie dan cput semasa rugby touch.

8.Hajie aka ajie wilkinson

pemain kelab mbsj yang berumur 24 tetapi selalu poyo mengatakna beliau berumur 20 tahun ini mempunyai larian yang pantas dan turning tangan yg cantik..gabungan nya dengan seorang pemain kelab ini telah mengerunkan ramai pihak musuh..Dummynya selalu membuatkan pihak musuh terkelu seribu bahasa.

9.arep pysio aka arep oto

pemain yang mempunyai masalh dgn coach ini semnjak dua menjak ini membuatkan beliau seorg pemain yg bermasalh utk ketika ini.Dummy nya yg agak pelik diaktakan membuktikan mengelirukan pihak lawan..entah la..u all pikirla sendiri..

10.akmal

tidak dapt nk ckp banyak....pemain yang plg bermasalh..masalh trun traing dan masah takut utk lari..... pemain yg try dua tiga kali hasil passing bola ajie pd mngu lepas telah diajan alsn utk beliau tgk avatar bersama ppuan2 tanpa pengetahuan ahli kelab2 yg laen.

11.taufik aka fiq northon

seorg winger yang laju ...mempunyai blok larian yg amat panntas ...peamain ini sering menjadi igauan pihak musuh di atas pdg..

12.anel aka anel mansson

sprinter ngara wales ini telah bercuti di kampung halaman nya..masalh fumble nya yg meruncing ketika ini membuatkan beliau susa utk try .larian nya yang pantas telah membuatkan pihak lawan terpegun .

13.shem aka sem brown

pemain ini mempunyai larian yg lincah di tengah pdg...larian nya yg laju turut menbantu beliau utk try .

14. wan aka wan toure

fullback yang memepunyai speed yg amat menarik...side step yg menarik membolehkan beliau menembusi pihak lawan degan senang...berbekalkan but bola bru nya,aka nike tempo ...membolehkan beliau melajukan lg blok pecutan nya



pemain2 lain akan di komen pd post next......

aces akan bakal mengadakan frenly nya di sekitar2 penang dan bakal memasuki bnyk pertandigan open di belah utara

sokongan dan doa kalian semua adalh amat diperlukan utk memajukan sukan acms ini

walupun pemain2 kelab ini tidak lah setanding degan boyak,kate boyak lah....kami amat bersyukur degan kebokehan kami dan bersyurkan degan KAKI yang kami ad..


akhirkata..







majulah sukan utk negara

hola! hola! hola! seronok betul cuti. masa cuti digunakan sepenuhnya untuk merehatkan diri, membuang segala masa dengan sepenuh sia-sia, melepaskan nafsu bersama awek masing-masing seperti yang mawi cakap, ataupun sedang berlatih untuk pertandingan joget-joget di jakarta nanti ? ( rujuk entri sebelum ini ) alah, yang macam kat tv tuh, you ingat you boleh menari?. Mungkin buat boyak, beliau sedang bermanja dengan mamanya dan ajis di rumah sedang membesarkan perut dan pinggul. owh, nikmati lah sepuasnya ya. Balik medan nanti, korang kuruslah balik.
Minta maaf lah, sudah lama tidak bersiaran. sibuk lah kata orang. kenduri disana-sini, tolong mak buat keje umah, cuci2 rumah, berjalan ke sana sini. cuti-cuti malaysia bukan?

Aku dengar, ade sorang budak johor nie. badan kaler gelap-gelap sikit. eh, silap2 bukan sikit, banyak! haha. Sanggup tak nak balik Malaysia. dengar cite beliau nak save duit, nak gi konsert the killers katanya di singapura. dulu, konsert in team kat dewan milenium yang tiketnya harganya tak sampai rm 20 di kepala batas,beliau tak nak pergi pun. ceh poodah!

Sahaja nak bercerita, beberapa hari yang lepas. aku pergilah Putra Villa (selepas ini ditaip pv) rindu bukan maen kalau you all nak tau. tak tipu. Terkenang lah zaman-zaman dulu, naek bus rapid penang dari butterworth. Dulu stesen bus kat situ masyallah punyerlah kotor. Tikus sebesar peha si El pun ade. Bukanlah nak bermitos. sumpah tak tipu. Tapi sekarang dah laen, tak macam dulu lagi.

Lalu kailan, hmmm..maseh seperti itu, hotel seri malaysia yang berdiri megah. Megah lah sangat. Bagi penduduk kepala batas di sekitarnya, menurut mereka, kailan itulah tempat yang paling happening buat mereka. Ade seven eleven ooo,,,jangan main2. Tapi, ayam KFC kat situ kecik. shit.

Sememangnya penghuni di pv kini semakin ramai., nampak begitu meriah pabila melihat waktu petang-petang, banyak cewek-cewek hot sedang berendam di kolam. dulu takde pon! erm,maka secara tidak langsung bertambah lah duit poket Dato Z. oops, isu Dato Z aku tak mahu cakap pape, nanti kena saman barulah tau. macam yang Dr. Mahathir buat tuh. ini negara bukan sebarangan. gila.

Duduk di RZ klasik, cuma pesan nasi ayam bungkus je. wah, kedai tuh makin maju. ramai orang tau. makcik RZ tuh still klasik, anak dia? aku tak sempat tengok, jeling-jeling gitu je. comel lagi kot macam dulu. nanti i punyer apple jeles tau kalau menatap wajah anak makcik RZ tuh lama-lama. mawi, kau jangan risau, amy kepunyaan kau lagi comel. comel banget! okay?

Oh lagi satu aku nak cerita, kalu kau orang nak tau. masa aku datang tuh, budak budak md-ukm de buat satu party. langkah kanan sungguh. aku ingat party tu untuk aku. buat aku tersipu-sipu aje. malu~ terima kasehlah kerana menjemput aku sekali. Terima kaseh daun keladi. Kepada rakan rakan usu yang sedang bercuti sekarang, marilah ziarah ke pv. melawat rakan kita disana, mungkin selepas ini lama lagi baru boleh bercuti, kau orang tak rindukah kat mereka? walaupun tiada kepentingan disana, tiada awek disana, cuma..datanglah. Tak bercintun-cintun dan tak melepaskan nafsu dengan orang tersayang pun tak mengapa.

boyak kau tak rindu ke kat nadia amalina hah? datang lah jumpa kawan-kawan kat sini.

* Untuk pengetahuan. Caj menetap sementara ( bermalam ) di rumah siput dan rumah -rumah laen di pv dah naek. sekarang rm 50 satu malam. Tiada harga member-member mahupun harga kaseh sayang. bapak mahal. Rumah da bersepah. Kata mereka, harga itu termasuk insurans. Mata duitan!

← Previous Page Next Page →