Kini, kolej kita semakin mengorak langkah kehadapan dan mengorek duit dengan berani tanpa toleh-toleh kebelakang lagi. Duit di depan, depa punya laju memang lain macam, sebab tuh depa sikit pun tak toleh-toleh dah. Ok, lupakan itu semua, tak dapat nak buat apa lagi. Yang lain, hidup mesti diteruskan dengan gembira.

Aku dengar ura-ura ada majlis keramaian tak lama lagi kat penang. Iya kah? Amboi-amboi.. tu diaa, enjoi bukan kemain lagi depa. Karnival Aspirasi. Ffffuuuuu.. bunyi dah nak macam bunyi rancangan Bersama-mu.
Aku kompem mesti meriah gila, habis satu penduduk kepala batas datang memeriahkan mungkin, manalah tahu bukan? Tiket-tiket pun depa jual murah, ajak satu keluarga pun takpa kot.

Kau tengok kat flyerz Karnival Ass.. aaa ape tuh?  Asprasi. Ya, Karnival Aspirasi. Velvet AF4 datang beb! haaa.. ini kerja budak-budak sabahan la nie, depa pergi angkut artis dari sabah naik belon. Ini mesti depa nak ronggeng tak ingat dunia. Susah nak dapat peluang macam nie. Apahal tak jemput Mawi World? Ohhh.. aku tahu, ini mesti pasai kes dendam tak puas hati dengan budak-budak Johor la nie, apa la nak jadi. Tak habis-habis..haishh

Lagi satu, ini berita baek bagi budak-budak pencinta musik indie di sekitar wilayah utara. Korang boleh saksikan persembahan istimewa LIVE Abg Rich dari band Estranged, dan err pernah dia masuk AF juga. Damn. Lagu apa dia nak main aku pun tak tahu, mungkin bernyanyi secara aja solo agaknya. Dan perhatian kepada budak-budak indie diluar sana, kau orang boleh turut serta berjoget, kau buat macam kat gig, kalau Abg Rich nyanyi lagu lagu cintan slow pun, kau orang layankan aja. Jangan lupa pakai seluar ketat, kasut converse, baju yang design-design indie ataupu baju yang ada tulis-tulis macam; AKUJIWAKOSONG, KAUINGATKAUKACAK?PERGIMAMPOS, SAYASAYANGMAKSAYA. Pergh!! Ini kalau ada ramzi kat sana, dah lama dia get ready dengan baju Bunkface dia tuh. Kan ramzi kan? Ahakz.

Dr. Sheikh Muszaphar pun datang! Tetamu istimewa. Uuiisshh... nak tayang dia punya baju angkasawan yang mergerlip-ngerlip la tuh. Seperti program yang lain dimana-mana, mungkin dia datang nak ceritakan pengalaman semasa dia terbang ke angkasa lepas sana, nampak bintang berkelipan, terapung-apung tanpa graviti. Ini chance untuk korang berangan.  Oh ya, di akhir persembahan nanti selepas Velvet dan Abg Rich beraksi, beliau mungkin juga turut serta dalam memeriahkan karnival ini. Ber-shuffle atas pentas dengan memakai baju angkasawan. Baekkk punya.

Semoga kau orang semua bersuka-ria dalam majlis keramaian Karnival Aspirasi ini. Jangan lupa kirim salam kat Abg Rich naa.. Ikut hati, nak je suruh dia nyanyi lagu satu. 1,2,3 Aurora.. Aurora.



Kawan-kawan MD UKM semua, amacam cafe kat waziria tuh? sudah siap bikin?

← Previous Page Next Page →