'Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya ' , jadi , pada segmen kali ini , kita lupakan pasal yakuza , kita lupakan pasal aku iras2 italian , kita beralih kepada salah seorang tokoh di acms , yang telah mencetuskan fenomena tersendiri , tokoh pertama kita ialah tidak lain tidak bukan , Mr Banoo , give a clap (kelepap,kelepap)
Berikut merupakan beberapa fakta dan trivia mengenai ajaran Banooisme
1 . Ajaran banooisme ini dikenali sebagai english pada bahasa internasional
2. Kitab suci ajaran ini adalah EAP (aku sudah lupa nama penuhnya) , dan jika anda terlupa membawanya , anda akan dicarut , yang bukan sahaja menyinggung perasaan anda , bahkan nenek anda
3. Jenaka guru ini adakalanya lebih kelakar dari jenaka saiful apek , namun , adakalanya , membuat boyak ingin membaling kasut timberland yang diagungkannya atau mawi dengan kasut tombeli mahalnya tepat ke arah hidung guru itu ,
4. Mengamalkan konsep satu malaysia sebelum konsep ini diperkenalkan lagi , buktinya , dia mengikuti ceramah parti pas di tempat tinggalnya , namun , masih tidak mendapat hidayah
5 . Tiada satu pun anak muridnya yang berani hendak ponteng kelasnya tanpa alasan yang jitu , kecuali kelas remedial yang didakwa budak pontian sebagai kelas untuk budak2 genius english
6. Untuk sampai ke tahap tertinggi ajaran ini , atau tahap nirvana , muridnya perlu menyiapkan magazine , yang amat melecehkan , di mana nadia amalina ( murid idaman ramai ) adalah muridnya yang paling sibuk dan bersungguh-sungguh menguruskan hal ini , dan pada pandangan saya , majalah eureka adalah paling tak sedap namanya walaupun isinya agak bagus
7. Kadangkala , beliau membuka video2 yang macam sial tak bez , seperti bali dancer , walaupun kebanyakan dancer itu berkemban dalam video itu
8. Berikut antara nama murid kegemarannya : saiful aizat , salikhin , munzir , dan afiq johari . Hanya seorang sahaja yang betul2 cemerlang , teka sendiri
9. Rambut belakangnya panjang berekor seperti mat rempit
10 . Kerana asyik mendengar listening cd dan listening test , maklumat sukar disampaikan kepadanya jika anda berkata-kata dengan suara yang rendah
Demikianlah fakta2 menarik tentang beliau , melihatkan keadaan rambut di kepalanya yang sudah tenat , tidak dapat dinafikan mungkin beliau akan menjadi mahatma gandhi kedua , namun berloghat sungai petani , siapa tahu , dan , kerana jasa besar beliau , ramai pelajar pre med 20082009 , telah berjaya speaking ala-ala pelakun hollywood , hanya salikhin dan boyak , yang kadang2 speaking ada bunyik slang kelantan , dan ruangan tribute seterusnya , akan ditujukan kepada master of chemistry kita , dan boleh dipost sesiapa sahaja , mungkin budak perak bisa uruskan ??
Hallo from the other side.....
7 years ago