Menurut laporan mingguan mata-mata yang telah diupah di putravilla. Hari semalam, kucing En. Sobri (selepas ini disebut En. S), nama kucing tersebut dirahsiakan atas dasar kaseh sayang, telah melakukan keganasan tidak bermoral di sekitar putravilla. Punca perkelahian disebabkan, En. Anjing (yang ditendang) telah memasuki wilayah En. Kucing (penendang) dengan suka hati. Padahal, penat En. Kucing kencing merata-rata, tanda itu wilayahnya. Apa ke bodohnya En. Anjing ini? mata-mata pihak pengurusan PerseKUTUan telah menebual En. S untuk mendapat makluman lebih lanjut. Ikuti perbualan di bawah.
Mata-mata: En. S, betulkah apa yg telah terjadi baru baru ini yang melibatkan
kucing kepunyaan encik?
En. S : Oh.. no komen.
Mata-mata: Apa kejadahnyer semua ini En. S? Adakah kucing kepunyaan encik tidak diberi
pengajaran moral yang secukupnya?
En. S : Oh.. ok,saya tidak tahu-menahu tentang kejadian keganasan tu, apa kaitan dengan
saya? saya rasa saya suda ajar dan terapkan kucing saya dengan sikap-sikap yang
baek dan mahmudah, mana mungkin boleh jadi benda macam ni?! Awak jangan
cari pasal dengan saya. Nampak tak spanar nie??! (sambil menunjukkan spanar
yang beliau sering gunakan untuk membetulkan paip) Kejap lagi melayang spanar
ni kat muka awak, nak ke hah??
Mata-mata: Try la baling tengok, (sambil mengacah-acah). Tapi bukti da ade En. S, nak
nak sembunyikan apa lagi? Mengaku je la..
En. S : Itu gambar tak boleh percaya, itu edit guna photoshop punyer, saya tahulah, jangan
nak cakap semberono.
Mata-mata: Kalau macam tu, memang kucing En. S tidak buat seperti didalam gambar tersebut
lah? Ataupun ade sesetengah pihak cuba untuk menjatuhkan kredibiliti En. S
dengan konflik murahan seperti ini? Ini yang En. S cuba katakan?
En. S : Aaaaaaa..yelah. Mungkin boleh jadi, sebelum ini ade orang cuba cakap yang saya
masuk rumah perempuan, lepas tu mencuri barang-barang peribadi mereka, bra
dan seluar dalam. Saya tak buat semua itu!!
Mata-mata: Erm, baeklah.. saya rasa suda cukup, terima kaseh atas kerjasama yang telah
diberi. En. S boleh sambung kerja baiki paip tu, sorry lah menganggu..
En. S : Oh..sama-sama, takpe.. saya pun ingat macam malas nak buat kerja ni.
Mata-mata: Saya pergi dulu..jumpa lagi. sempat lagi berkata dalam nada sayup-sayup, "alah, tuan kucing borek, kucing rintik.."
En. S : Eh, kau ke sini kejap, apa yang kau cakap tadi?? Ingat saya tak dengarlah??
Mata-mata: Taklah! saya tak cakap pape pun (cuak)
En. S mendekati dan mengusap-ngusap kepala mata-mata dengan lembut dan sambil berkata; "Oh bagus-bagus.. kecil-kecil lagi sudah pandai fitnah aku.." Dan mata-mata segera blah dari tempat itu smbil kemaluan.
Siasatan lanjutan telah dilakukan oleh pihak berkuasa, beberapa saksi seperti makcik cafe, pakcik jaga dan makcik kedai pisang goreng di depan putravilla telah dipanggil untuk memberi keterangan tentang kejadian keganasan tersebut, diharap tiada lagi keganasan sperti ini berlaku lagi di sekitar putavilla. Untuk perhatian; Kalian jangan tendang cik kiah macam ini, buat malu sahaja kat En.S nanti.
Hallo from the other side.....
7 years ago