Saya percaya yang kalian sudah mempelajari ilmu kimia yaitu chemistry. Kalian semua tahu bukan, jikalau kertas litmus ( litmus paper ) merah direndam didalam cairan yang bersifat acid maka kertas litmus akan berubah dari merah ke biru? dan sebaliknya? ini semua antara sifat sifat kimia yang ditunjukkan oleh cairan itu tersebut. Tiada unsur-unsur magis ataupun khurafat mahupun pemujaan yang menyebabkan terjadinya seperti itu. Ya kan?Kalian juga tahu jika acid bereaksi dengan base akan mengeluarkan produk yang bernama garam dan air? Ya kan? Betulkan jikalau kalau tersilap formulir.
Percaya atau tidak. Semua yang kalian tahu buat masa sekarang hanyalah dipermukaan sahaja.
Master Of Chemistry. Gelaran yang perlu digeruni. Entri tribute kali ini mengupas sedikit tentang ajaran dan mazhab yang dibawa. Berikut merupakan diskografi;

  1. Semasa sebelum era kemerdekaan, di era zaman pemerintahan British, kaum Cina telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem Kongsi dan Kontrak. kebanyakkan mereka bertugas di Johor sebagai penanam lada hitam.( sekarang,menjadi peng-eksport nanas terbesar di dunia ).
  2. Sekitar era 1990-an dan 2000-an, ajaran ini master of chemistry disyaki tersebar di seluruh pulau pinang termasuk pekan kecil, kepala batas, dimana dato' abdullah ahmad badawi dilahirkan.
  3. Mula bergerak secara underground selama 10 tahun. lokasi tidak dapat dipastikan. Kemudian, Mr Quah mula bergiat aktif sejak beberapa tahun selepas ACMS ditubuhkan.
  4. Master of Chemistry ini merupakan guru petualang yang masyhur. Amat menekankan disiplin anak-anak muridnya. kalian mesti kenal sama itu munzir. kenal kan? selain Mr Banoo, dia juga antara murid kebanggannya. bangga sungguh. setiap kali kuliah berlangsung,Mr Quah sering menyeru kepada dia "munjir!,bangunlah...jangan lah tido,nnti mau jawab exam susah maa,,"
  5. Ramai murid yang kagum diatas kepakarannya didalam ilmu kimia, inorganic mahupun organic. Semua tekun semasa kuliah nya. Apatah lagi murid-murid yang duduk di barisan belakang sekali. hah,kat barisan situ semua nya budak bijak belaka. tak dapat dinafikan. sumpah.
  6. Satu kejadian yang jarang berlaku, Mr Quah pernah mancabut tombol pintu auditorium. sengaja atau tidak sengaja? fikirlah sendiri. Tapi beliau dengan sifat yang cool dan tenang selamba menjawab "aiyoo..ni bukan saya buat maa". Beliau sungguh cool~
  7. Sebagai anak jati perak,saya sungguh berbangga, Mr Quah duk perak wei ! kome caye ke tak? Sesungguhnya, orang perak memiliki bakat-bakat dan skills yang tidak dapat disangkal lagi. Beliau juga sering berbangga dengan tanah kelahiranya, Sitiawan, tempat Chin Peng dilahirkan. Pernah sekali mengajak Jusdav Singh pulang ke kampung halaman bersamanya, Hurm..lama juga tidak terdengar khabar berita dari Jusdav. Awak apa khabar Jusdav?
  8. Master Of Chemistry ini juga mempunyai pemikiran retro-lisme, yaitu anti kepada kemodenan. Sering menyalahkan komputer di auditorium yang sememangnya tidak bersalah. Katanya virus dalam komputer tuh makan semua slide show beliau. Kasihan bukan? kegagalan membuka slides shownya itu, lantas dia bertanya kepada murid-muridnya apa yang patut dilakukan sekarang. Murid segera menjawab " Mr Quah!!, tekan je simbol Shut down..itu hah! "
  9. Ramai murid murid lelaki dengki melihat rambutnya yang kemas berkilat. Gune minyak Brylcream agaknyer.

Secara peribadi, Mr Quah sememangnya seorang yang berkaliber, bersungguh dalam menyampaikan dakwah yang dibawa. Orang perak memang hebat, kan nadia amalina? Mungkin ada lagi ruangan tribute selepas ini?? Sama-sama kita lihat. Aman tiada Perang!

Comments

4 Responses to “Tribute #2”

  1. Anonymous on October 20, 2009 at 3:55 PM

    mana cap 3 kangkang ??

  2. Anonymous on October 20, 2009 at 3:56 PM

    jusdav da jadik striker perak
    lu xtaw ke??

  3. Ikmal Fayadh on October 20, 2009 at 5:17 PM

    aduh,cap 3 kangkang lupa lah!!

    jusdav super sub je..ala-ala babel(liverpool-never walk alone,sbb jusdav kan ade)

  4. Naddyamal on October 21, 2009 at 8:33 PM

    haha of cus la fayard