Hai semua!! Assalamualaikum!! Kabare semua? Waras? Saya kembali walaupun sebelum ini telah berlaku beberapa cubaan menjatuhkan saya melalui gambar-gambar yang entah diambil dari mana....badan lain, lepas tu tampal kepala muka saya pakai paint. Ish,ish tak patut betul. Kang cik kiah marah kang, baru tahu. Nasib baik saya takda facebook, kang banyak lagi cubaan untuk menjatuhkan saya melalui gambar-gambar dari facebook. Haaa, tadi saya belek-belek barang saya. Sya terjumpa barang yang membuktikan saya pelajar kolej yang hebat ini. Nak tahu apa dia?? Teruskan membaca ya
( Ini kalau korang takda, tak payah mengaku student pre med. Ini tiket nak naik bas paling ekslusif sekali dekat malaysia kalah keselesaan fly emirate yang taja kelab bola bodoh jersi merah tu. Tiket ini membolehkan saya tidur di kerusi bas yang empuk masa menuju ke kelas mr banoo, dan selepas itu sambung tidur lagi di kelas mr banoo. Tapi awas jika anda duduk sebelah boyak, kadang2 dia tidur kepala letak dekat bahu anda. Air liur meleleh. Pernah juga saya melihat ada seorang wanita pre med tidur ternganga dalam bas ini. Nanti saya jumpa gambar saya tunjuk ye. Walaupun pas ini amat stylo, dan guna macam touch n go. Scan pastu jalan, ia hanya laku dalam masa tak sampai beberapa hari. Sebab cik najib besar eksiden skuter kita tak larat nak cek tiap2 pagi, boleh hilang lemak kata dia. Tiket je pukul lapan suku, keluar pukul lapan setengah juga. Ye la, nak kejut hanis, boyak, siput, munzir, elias, own, peter, kannan, ahh ramai la. Tapi paling liat ramzi, tak caya tanya arif haizi dan ehsan gelong)
(Saya tahu ramai yang pelik ini kertas apa. Ini kertas mengandungi ilmu, kalau dalam yang ini ilmu hbp. Kertas ini mujarab digunakan ketika peperiksaan sedang berlangsung sama ada dengan cara sorok bawah kertas jawapan ataupun tengok masa kencing atau buang air besar. Kalau masuk tandas tak buang air, boleh jugak nak tgk kertas ni. Tapi jangan salah anggap, selalunya budak2 tgk sebelum periksa. Kira ulang kaji terakhir la. Kalau terbawa masuk, itu lain cerita. Ini bukan saya punya, boyak punya. Dia lupa nak ambil balik, saya pinjam saja. Tapi yang ini tulisan pait, yang lain fotokopi saja. Tengok berapa besar dosa dan salah pait dah buat iaitu menyebarkan perkara tak baik kepada member2? Besar macam perut dia jugak)
Itu sahaja dari saya di sini. Member-member lain, nak kongsi barang kenangan kolej takda hal. Boleh kita mengungkap memori manis di zaman silam. Kepada own, kebenaran sentiasa berpihak kepada orang yang benar dan dianiaya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.