Hari itu, aku ada borak-borak sikit sama anak Tan Sri Nordin. Kami borak pasal bisnes. Masih kah kalian semua ingat tentang nasi lemak MAHATELIAS?? Ala, nasi lemak yang sedap2 tu. Sambal dia, pergh, kalau makan sampai jilat2 bukan setakat jari, bahkan hujung kuku, taik bawah kuku dan telapak tangan sekali.
Memandangkan keempat-empat pelopor syarikat ini telah menuntut ilmu di empat penjuru dunia berbeza, maka kami merancang untuk membuka cawangan di bertam, medan, jakarta, dan rusia. Justeru kami membuka kepada sesiapa yang berminat untuk membeli saham syarikat ini dengan harga rm 2.00 satu blok, ya, mahal sikit saja dari amanah saham 1malaysia. Untuk pengetahuan semua, pihak dato2 acms mahu membeli sebahagian besar saham kami, tapi kami tak mahu jual sebab takut mereka main saham macam uruskan acms, pakai kepala lutut. Informasi tambahan, saham kami telah terpacak di BSKL, BEI( bursa efek indonesia) dan menunggu masa di saham rusia kerana budak rusia sebok bisnes weed dia.
Memandangkan keuntungan bersih perniagaan mahatelias yang besar iaitu kira2 mencecah 50000 rupiah, syarikat ini juga merancang mahu menaja kelab-kelab bola bawahan epl seperti wolf, birmingahm dan tak terkecuali liverpool. Sekian saja laporan tahunan syarikat mahatelias, yang dibuat tak sampai lima minit namun mampu mengalahkan pendapatan syarikat besar seperti air asia. Bagi budak2 yang rindukan produk nasi lemak kami, tunggu. Sesungguhnya kami akan kembali. Ingatlah slogan mara iaitu, Keushawanan Kerjaya Pilihan. Kami tahu ramai antara kita biasiswa mara. Jadilah seperti kami, usahawan2 yang berjaya. Terima kasih
Hallo from the other side.....
7 years ago