Tadi masa aku tengah lunch pukul 4 petang, sambil2 kunyah nasi tengok cerita malin kundang, aku selak2 surat khabar berita minggu.

PAP, aku tersedak. Nasi berebut keluar ikut hidung. Aku tak percaya. Aku nampak...

Dalam surat khabar tu, ada iklan ACMS, BERKALER, dan yang paling penting, sekarang dia tawarkan BIASISWA SHEIKH MUSZHAPAR.

Aku ingat kolej kita nak bukak satu kursus baru, degree dalam keangkasawanan dan bermain2 di stesen angkasa.

Oh, satu lagi, aku harap pembaca berita berita minggu tak tertipu dengan iklan2 kolej bertam ini seperti bagaimana hanis, payard, halim, kanan, boyak dan lain2 yang tertipu dengan iklan dulu2 yang pakai model 'omputih; dekat iklan. Mati2 gua ingat akan ade awek mat salleh dalam lab pegangkan 'test tube' sebelum gua masuk dulu.

Nanti kalau ada salinan iklan aku tunjuk, sekarang aku takda scanner.

Menurut laporan mingguan mata-mata yang telah diupah di putravilla. Hari semalam, kucing En. Sobri (selepas ini disebut En. S), nama kucing tersebut dirahsiakan atas dasar kaseh sayang, telah melakukan keganasan tidak bermoral di sekitar putravilla. Punca perkelahian disebabkan, En. Anjing (yang ditendang) telah memasuki wilayah En. Kucing (penendang) dengan suka hati. Padahal, penat En. Kucing kencing merata-rata, tanda itu wilayahnya. Apa ke bodohnya En. Anjing ini? mata-mata pihak pengurusan PerseKUTUan telah menebual En. S untuk mendapat makluman lebih lanjut. Ikuti perbualan di bawah.


Mata-mata: En. S, betulkah apa yg telah terjadi baru baru ini yang melibatkan
kucing kepunyaan encik?

En. S : Oh.. no komen.

Mata-mata: Apa kejadahnyer semua ini En. S? Adakah kucing kepunyaan encik tidak diberi
pengajaran moral yang secukupnya?

En. S : Oh.. ok,saya tidak tahu-menahu tentang kejadian keganasan tu, apa kaitan dengan
saya? saya rasa saya suda ajar dan terapkan kucing saya dengan sikap-sikap yang
baek dan mahmudah, mana mungkin boleh jadi benda macam ni?! Awak jangan
cari pasal dengan saya. Nampak tak spanar nie??! (sambil menunjukkan spanar
yang beliau sering gunakan untuk membetulkan paip) Kejap lagi melayang spanar
ni kat muka awak, nak ke hah??

Mata-mata: Try la baling tengok, (sambil mengacah-acah). Tapi bukti da ade En. S, nak
nak sembunyikan apa lagi? Mengaku je la..

En. S : Itu gambar tak boleh percaya, itu edit guna photoshop punyer, saya tahulah, jangan
nak cakap semberono.

Mata-mata: Kalau macam tu, memang kucing En. S tidak buat seperti didalam gambar tersebut
lah? Ataupun ade sesetengah pihak cuba untuk menjatuhkan kredibiliti En. S
dengan konflik murahan seperti ini? Ini yang En. S cuba katakan?

En. S : Aaaaaaa..yelah. Mungkin boleh jadi, sebelum ini ade orang cuba cakap yang saya
masuk rumah perempuan, lepas tu mencuri barang-barang peribadi mereka, bra
dan seluar dalam. Saya tak buat semua itu!!

Mata-mata: Erm, baeklah.. saya rasa suda cukup, terima kaseh atas kerjasama yang telah
diberi. En. S boleh sambung kerja baiki paip tu, sorry lah menganggu..

En. S : Oh..sama-sama, takpe.. saya pun ingat macam malas nak buat kerja ni.

Mata-mata: Saya pergi dulu..jumpa lagi. sempat lagi berkata dalam nada sayup-sayup, "alah, tuan kucing borek, kucing rintik.."

En. S : Eh, kau ke sini kejap, apa yang kau cakap tadi?? Ingat saya tak dengarlah??

Mata-mata: Taklah! saya tak cakap pape pun (cuak)

En. S mendekati dan mengusap-ngusap kepala mata-mata dengan lembut dan sambil berkata; "Oh bagus-bagus.. kecil-kecil lagi sudah pandai fitnah aku.." Dan mata-mata segera blah dari tempat itu smbil kemaluan.


Siasatan lanjutan telah dilakukan oleh pihak berkuasa, beberapa saksi seperti makcik cafe, pakcik jaga dan makcik kedai pisang goreng di depan putravilla telah dipanggil untuk memberi keterangan tentang kejadian keganasan tersebut, diharap tiada lagi keganasan sperti ini berlaku lagi di sekitar putavilla. Untuk perhatian; Kalian jangan tendang cik kiah macam ini, buat malu sahaja kat En.S nanti.





Image and video hosting by TinyPic

Ini buktinya. Gambar menjelaskan segala-gala yang telah berlaku. Apa lah nak jadi zaman sekarang.. kucing semakin bersikap kurang ajar. Sungguh biadap sekali.

Maulidur Rasul


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.


Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.


Artikel dipetik daripada; al-Azim.com


Image and video hosting by TinyPic



Aku ingat tak nak tulis langsung bab-bab cerita yang menjerumus kedalam topik perbualan tentang cinta. Tapi terpaksa, sebab ini berita tergempar! Kalian maseh lagi kenal boyak? ala, yang gemok-gemok chubby tu? erm hensem la juga, tapi taklah la sehensem mana pun, saja amik hati je. tapi,dia acapkali mengaku dirinya hot macam sial. Ramai orang konpius, hot tang mana tuh. Senang kata kalau kalian tak ingat lagi, yang ada kereta langgar dia ni. Itu cerita dulu-dulu, sampai berbesi kaki sekarang. eh silap, dia yang langgar kereta tu. haish,lembu betul kau.. haa. mesti kalian ingat lagi kan?

Kalau nak tahu, menurut gosip-gosip orang, dye sekarang dilamun badai cinta. ala-ala drama cinta kutub utara kutub selatan juga. tapi dia lebih mirip beruang kutub, serius. Maseh belum dapat kesahihan cerita cinta boyak, tapi ura-ura ini berkemungkinan betul. Belum ada hitam-putihnya. Dulu, boyak yang dikenali ini mempunyai perwatakan yang serius, brutal, playboy, gayboy, sayangkan mamanya, bajet kacak kini sudah berubah menjadi lebih romantik puitis, manja, dan hati gadis. Ini semua kerana gara-gara seorang perempuan yang telah mencairkan hatinya, mabuk cinta. Aaahhh~ alangkah bahagianya dia. Mungkinkah dia telah menemui cinta sejatinya setelah kian lama mencari?

Identiti gadis tersebut maseh lagi dirahsiakan, agar tidak menjatuhkan maruah sesiapa. Kalian doakan semoga hubungan mereka berdua kekal selamanya.. Amin. Khas buat boyak, enjoilah dunia percintaan yang penuh duri ranjau dan cabaran ini..

Kepada semua gadis-gadis dan janda-janda diluar sana, watch out! kini boyak sudah berpunya yaww! Hmm sekadar memetik lagu Aliff Satar dan ditujukan khas kepada cinta diantara mereka berdua.
♫Please Please Please ♫
Kamu jangan nakal
Abg Boyak pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti abg boyak datang
Bawa yang kau pesan..

Salam 1 Indonesia kepada kawan-kawan semua! Seribu kemaafan sebab segmen who's that pokemon! ini terpaksa bersiaran pada hari ahad kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Kita teruskan kepada episod- 3 kali ini. Sudah bersedia semua?


Image and video hosting by TinyPic



Beliau juga boleh dikatakan comel juga, comel macam yg dalam episod-2 lepas, dan kalau nak compare dengan cik kiah memang jauh bezanya. Beliau juga bijak seperti kita, tak macam cik kiah tu, fikir pakai kepala paip, entah2 otak pun takde. Beliau amat sayangkan kawan-kawannya, tak macam cik kiah, kawan sendiri pun nak tikam. Beliau mempunyai perwatakan yang amat disenangi semua orang, tak macam cik kiah tu, semua orang benci dye, amat menjengkelkan. Beliau orang johor. Takkan tak tahu kot. Senang je kan? Erm maaflah kepada sesiapa yang terasa, i cuma nak bagi contoh. Hidung siapakah ini? Who's that Pokemon!


Jawapan episod- 2 yang lepas: Usha Nanteni
Tahniah kepada yang betul! :)

Kalau korang perasan la kan.. blog kita sekarang bertemakan percintaan. kan? erm, maybe sekarang kan waktu cuti so masing2 de masa nak menyumbang kat blog ini. barulah meriah sikit. cik kiah pun bersemangat nak melawat blog ini hari-hari. kot-kot ade cerita panas ke kan.. kali ni, cik kiah punyer turn lak nak post. dah la tak post apa2. sekadar mahu berkongsi dengan korang semua, ciri-ciri lelaki idaman cik kiah selama ini. hehe. kalaulah cik kiah dapat boyfren sebijik macam ciri-ciri yang cik kiah tulis nie.. oh beruntungnya~ nak tahu? ini rahsia antara kita okay? janji?



1. erm of coz la muka yang kacak, cik kiah suka yang cam jambu2 cket, putih2, erm senang cakap kulit macam najib or sape nama dia.. idham eyh. lebih kurang la. najib yg mana? najib kita la. siapa lagi. ala-ala korea.. tapi cik kiah x nk lelaki yg sombong macam dia.


2. cik kiah suka lelaki yang tinggi. tinggi dari cik kiah pun da cukup.. tak tau la sebab ape.. mybe lagi sepadan kot. tak kan la boyfren lagi pendek kot dari kita. laen macam je~ cik kiah nak tinggi macam kannan tuh. tapi bukan nak kannan okay? sorry cket..


3. suka lelaki yang berbau wangi.. tak suka yang berbau busuk, hamis dan hancing.


4. lelaki yang kuat pegangan agama nya.. jaga tatatertib. yang penting tak nakal dengan perempuan lain. baek je.. macam selalu pergi surau, tak mencarut. macam hazrin or amirul mustaqim. cik kiah pantang betul dgn lelaki yang mencarut. apatah lagi kalau mencarut dgn cakap nama bahagian sulit wanita. contohnya: P**T*T . macam lah takde bende lain nak sebut. sebut korang punyer cukup ar! tak tahu malu langsung!


5. cik kiah suka lelaki yg berambut kemas, pendek. dan nampak segak.. tak nak rambut mcm syed salikin. serabut sangat. dahla rambut dia macam sarang tebuan, tak reti nak jaga langsung. dulu 1st time tngok dia wat teknik rebonding.. handsome la cket. sekarang tak lagi~ .Semua perempuan suka lelaki yang kemas penampilannya, kan?


6. tubuh badan yang menarik. bukan kaum lelaki je yang suka perempuan yang bertubuh cantik. kiteorang pun suka sama. suka yg tough dan taklah nampak sasa sangat. biasa2 pun ok. at least badan macam.. macam sape eyh, erm macam fayadh kot.. rasa nak terkam je tengok bile tengok dia pakai baju yg ketat2. sorry ye izey. :P


7. lelaki yang pandai menjaga hati kekasihnya sendiri. tak buat hati dan perasaan cik kiah terluka. dan menyayangi diri ini dengan penuh kaseh syg.


8. cik kiah pun suka yang berjambang. nampak macam matured tau.. xdelah jambang panjang macam santa claus tu. huhu. erm macam saiful aizat la a.k.a boyak. tapi si boyak nie cik kiah tengok, dye pun tak reti nak jaga muka, berserabut jambang dia. eeeeuuuww~


erm kalau tak banyak lagi kot cik kiah nak listkan kat sini, cukuplah tu. sekadar nak berkongsi dengan korang semua.hehe. maafkan kalau ada yang terasa okay. next week dah nak sambung kelas. tak suka betul! :(
Bye-bye semua~

Love is cinta,
cinta anugerah Allah swt yang tak terhingga,
Kerana cinta aku boleh menaip sume ini, dan kerane cinta juge korg sume leh bace ape yg ditaip ini,

Allah swt maha mengetahui,
Die ciptekan hati untuk setiap sorg umatNya,
Dan Dia tiupkan rase kasih sayang pada hati kite..
timbul lah perasaan cinta..

how amazing?
subhanallah.
kdg2 perasaan cinta tu xblh nk describe dgn kate2.
it feel like bursting..pelik kan?
pade korg yang pernah becinte or sedang becinte mesti penah rase, kan?
kdg2 tu rase letih..
sbb dr cinte, kite rase rindu..
rindu yg mmg xleh nk ckp..
subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah swt ni..

Tp adekah kite hargai cinta yang Allah swt kurniakan?
Adekah kite hanye bg tumpuan pade cinte sesame manusia?
Allah?
sedangkan Dia yang bagi kite hati..
Dia yang bagi kite perasaan ni?
Allah huakhbar!

Kdg2 aku sendiri terlupa dgn pencipta kita,
Hina nya diri aku!
xmengenang budi.

Huh!
sesungguhnye aku rase x layak nk mengutarekan topic2 macam ni,
tp we think it in positive way, kite same2 ingat mengingati eh?

Cinte antare manusie,
Cukup ke kite da bg cinte kt pd mak ayah?
adik beradik?
think it back friends..

Skrg ni kite lebih fokuskan cinte pade kekasih,
kalau kekasih tu Nabi Muhammad SAW, Alhamdulillah.
dan kalau kekasih tu Allah swt, syukur.

tp kalau kekasih tu?
umat Allah swt, gimana ?
hehe, normal kan?
Lagipun mmg cinte anugerah Allah swt.

X salah becinte..
X salah berkasih..
Cume cara berkasih tu mcm mana..

ungkapan I Love you, semudah ABC..
adekah itu tuntutan dr Allah?
oh no...

ya muslimin dan muslimat..
Adam!
bimbinglah wanita ke jalan yang benar,
jalan yang diredhai,
hiasi mereka dgn kata2 nasihat,
bantu mereka yang hanya mempunyai 1 akal,
jika mereka ketepi, bawa mereka ke tengah,
jgn kau hanyutkan mereka dgn asmara dunia,

jika itu rusuk kamu, adekah kamu mahukan rusuk yg rapuh?
semestinya tidak..
hawa adalah rusuk adam,
jike korg sume tgh kenal ngan sorg hawa, jgn la rosakan rusuk tu,
mungkin rusuk itu bukan lg milik kamu,
mungkin rakan kamu?
abang kamu?
nk ke korg tgk dorg dpt rusuk yg rosak..
dan rosak itu berpunca dari kamu?
subhanallah,mase tu..
jgn salahkan syaitan atas bisikan mereka,
salahkn diri kamu kerane tidak melawan bisikan tu,

oleh itu,
adam..
jagelah diri kamu, bantulah hawa..
mereka memerlukan kalian..

dan Hawa!
bantulah adam dalam usaha membantu kamu,
bantu membantu kan amalan mulia, k?
so Hawa, jgn la slalu nk harapkan kate2 I love you dr adam,
sebaliknya harapkan kate2 nasihat dr adam,
ok?
ingat,, jage maruah..
jage aurat..
kamu mungkin melengkapkan rusuk seorang adam yang hebat,
insyaallah,
jgn ikutkan 9 nafsu,
berikan peluang pade 1 akal utk bertindak,
bersihkan hati,
jadikan khatijah sbgai lambang kekuatan, jadikan halimatun saadiah sebagai contoh, insyaallah kalian pasti diberkati Allah swt..

rakan2,
same2 lah kite mencari mane arah cinta kite,
ke syurga atau neraka,
semue terletak pade diri kite,
adam dan hawa, lakukan tanggungjwb anda sebagai khalifah,
jgn biakan LOVE WITH NO DIRECTION,

sesungguhnya,
aku hamba yg dhaif,
yg sentiasa mengharapkan sesuatu dr Allah swt,
aku kerdil dan aku hina di sisi Allah swt,
Seandainya kata2 aku menyakiti kalian, maafkan aku.
kerna aku sendiri ingin menyedarkan diri ku,
salam ukhwafillah dr aku utk semua.

" SEANDAINYA DIA TECIPTA BUATKU, DEKATKANLAH DIA PADAKU DALAM RAHMAT MU, JIKA DIA BUKAN MILIKU,BAWALAH DIA PEGI JAUH, DAN KETEMUKAN DIA DENGAN YANG TERBAIK PADAMU "

credit to IA



Sekali sekala kita beralih kepada kepada perhubungan CINTA. Apakah rasanya ciri-ciri wanita yang digemari oleh lelaki di luar sana? Adakh paras rupa yang cantik dan bentuk badan yang menggiurkan menjadi kriteria utama pemilihan?

Ciri-ciri wanita idaman lelaki:-

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Malah suami Ina Naim, Suhaimi pernah berkata, antara ciri utama menyebabkan dia memilih Ina adalah kerana Ina menurut kata suaminya. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif. Bukan materialistik make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. X caye kew??? Hehehe… betul.

Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA



Akmal Azman is in a relationship and it's complicated.








Akmal went from being "single" to "it's complicated.




narasumber; Facebook

Image and video hosting by TinyPic


Beliau sangat cantik. Seringkali menjadi pujaan hati jejaka ketika suatu masa dahulu. Cute sangat tau~
Dahi kepunyaan siapakah ini?
Who's that pokemon!





Jawapan bagi episod- 1 yang lepas: Hazrin Fauzan Fahmi aka Bonggo
Tahniah kepada yg betul!

Kalian semua mesti pernah dengar Valentine’s day ? ataupun dalam bahasa rasmi di tanah Malaya ialah hari kekasih tapi di medan ini valentine’s day maseh diguna pakai..mungkin diaorang kat sini semua bajet macam mat salleh kat eropah sana. Padahal kulit dah la gelap gelap malap, ada hati lagi. Biarkanlah.. mereka juga manusia, mahu hidup dengan bergembira. So apakah yang dimaksudkan dengan hari tersebut? Mungkin kau orang semua masing-masing da tau cerita di sebalik tarikh itu, 14 Februari. Bermacam versi dan mazhab cerita yang pernah aku dengar, ustaz-ustazah kat sekolah pun ade juga cerita, mungkin jiran-jiran anda juga bergosip santai tentang valentine’s day ini. Mana tahu kan. Aku bukanlah nak membebel pasal sejarah di sebalik hari yang dianggap agung oleh setiap pasangan kekasih di seluruh dunia ini, dan bukan nak bagi ceramah percuma mahupun tazkirah. Oh, segmen tazkirah akan bersiaran setiap hari jumaat je okay. Hari-hari laen tiada.


Ramai orang cakap yang valentine’s day nie sememangnya tak patutlah langsung disambut kat Malaysia. Memang tak patut langsung. Alasan? tak bawak faedah lah, buang masa lah, boleh buat dosa lah, mencemarkan maruah agama lah ,itu dan inilah. Ini negara demokrasi, semua orang memiliki hak masing-masing. 1 Malaysia. Rakyat diketepikan, Pendapatan diutamakan. Biarkanlah mereka semua, kita jaga tepi kain kita. Nah, aku bukanlah mahu mengajak kau orang semua bersama-sama memeriahkan hari Valentine ini dengan berteriak gembira " Mari kita sambut valentine's day! Mari! Yeay! " . Bukan-bukan.

Kita renungkan seketika, Adakah kau orang semua sedar, selain pada hari valentine ini juga, berlakunya perkara-perkara yang yang disebut berunsur kemungkaran secara meriah dan berleluasa. Seringkali formulir yang digunapakai oleh orang kita, katakan pada valentine’s day tersebut, ramai cewek dan cowok bersama pacar masing-masing, tatkala mereka enjoi gila-gila katak tak ingat dunia langsung meraikan hari tersebut, minumlah arak, minumlah tuak, minum lah mandi (manis dingin-teh 'o' ais) dan bermacam-macam. Mandi juga dipercayai memabukkan. Takdelah tipu je okay. Bila minum semua jenis air kencing syaitan ini, mulalah syaitan dan iblis datang berdoyon-doyon dengan langkah yang segak. "Weyh bro..lu tunggu apa lagi, perempuan depan mata, nampak sedap. Lu bantai je bro..nikmat dowh. Sikit je.. tak berdosa kot. Nikmat bukan maen beb..lu pikir". Berlakulah zina, termakan dengan kata-kata kawannya itu, syaitan memanglah dasarnya syaitan, tak kanlah dasar boyak kot.

Kauorang fikir balik, benda-benda ini berlaku pada hari valentine sahajakah? Adakah acara yang telah disebutkan diatas hanya berlaku pada hari tersebut?

Kau bayangkan pada hari sambutan kemerdekaan, di dataran merdeka, Kuala Lumpur. Orang laen tengah sibuk nak countdown sambut merdeka, punyalah semangat patriotik berkobar-kobar nih, bendera lekat penuh kat kereta atau motor masing-masing sampai boleh kena saman dengan JPJ, cat-cat muka semua dengan kaler bendera malaysia. Boleh pula, segolangan makhluk ciptaan tuhan ini sedap melempiaskan nafsu seks masing-masing tanpa segan silu di kelilingi khalayak ramai. Aaahh! Aaahh! Aaahh! . Orang sepatutnya melaungkan kata-kata semangat Merdeka! Merdeka! Merdeka! . Ini ape cerita?? Diaorang memang da silap tema. Buktinya? bersepah-sepah kondom beraneka perisa disana-sini di dataran merdeka. Ini betul. Pakcik dewan bandaraya kuala-lumpur yang cerita kat aku.

Teringat dulu masa overnight di Penang, di malam ambang kemerdekaan. Kami memang dari dahulu bersemangat patriotik. Anak Malaysia. Kitaorang tido kat tepi jalan je. Kesian. Mat-mat rempit berlonggok berlumba. Bengang memang tak terkira lah kan..orang nak tido, boleh lak merempit sampai pagi, ikut hati nak je sumpit tayar motor diaorang. Botol arak bersepah, dengan budak-budak mabuk ditepi jalan melayan lagu shuffle. Sungguh menjengkelkan. Aku rasa motel penuh malam tu sebab ramai orang muda-mudi nak buat projek dengan kekasih hati masing-masing. Test power la katakan. Kedai seven-eleven pun untung, banyak arak dan kondom dijual laris. Nanti mula lah, berlambak bayi-bayi yang baru dilahirkan yang sememangnya tidak berslah dibuang ditepi jalan, dalam tong sampah, dalam lubang jamban. Manusia sekarang akai tak dak, berfikir macam haiwan.

Sedar tak, kemungkaran dan maksiat berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Dimana ada aktiviti maksiat, disitulah syaitan dan iblis berada. Bukan semata-mata pada valentine’s day sahaja. Kena ubah fikiran sedikit. Bila sampai valentine day, barulah semua sibuk-sibuk nak berlagak alim-alim kucing mengatakan itu dan ini padahal benda itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.




Tepuk dada, tanyalah iman.

tolong la bgtau ak mana chat...bosan la xde...
sori nyemak...nk tulis bnda yg x important ssh la kalu xde chat 2

Aku tengok sunyi saja blog ini. Aku pun selalu bz sekarang ni, biasa lah student medik. So, yang ngah stadi tu, try la layan video nie, kompem semua masuk otak apa yang korang stadi tu.




Apesal aku teringat boyak r tyme tengok video ni??

Hey kawan semua!

Satu segmen baru akan bersiaran di blog ini. Segmen terbaru ini lebih kepada hiburan dan gameshow. Anda semua mesti ghairah bukan nak tahu apakah segmen tersebut? Tenang dan relakskan diri anda okay. Sudah bersedia semua?

'Who’s That Pokemon!’

Mesti tertanya-tanya ape bende nie..nama game pun cam bodoh je. Dengar sini baek-baek okay. Satu gambar daripada kauorang semua akan dipilih secara rawak. Gambar tersebut akan di-crop bahagian yang tertentu seperti mata, bibir, mulut malah tahi lalat pun berkemungkinan. Di dalam segmen 'Who’s That Pokemon!’ ini anda semua dikehendaki meneka gambar tersebut milik siapa. Misalnya, ade gambar mulut, so mulut siapakah itu? jangan risau, tak susah mana pun. kacang sahajalah. Hint akan diberi.

Semua sudah faham kan.. senang sahaja. Segmen ini akan disiarkan setiap hari sabtu dan jawapannya akan menyusul pada hari sabtu yang berikutnya. Sebarang komen mengenai segmen terbaru ini boleh diajukan. Peace!

KERIANGAN UNTUK KITA BERSAMA.



'Who's That Pokemon!' Episod - 1


Image and video hosting by TinyPic
 
 
 
Beliau lemah lembut, hensem lagi. Beliau ini senang cerita memang baeklah sangat orangnya. Kalu ternampak benda-benda yang boleh mengugatkan keimanan, beliau cepat-cepat tutup mata, berdosa katanya. Mungkin beliau anak yang soleh. Who's that pokemon!

Kisah Penjual Tempe.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.



semalam aku ada kol x rumate aku kt pv dulu. saje je nak bertanye khabar tapi ape hal ntah dye excited sangat time aku kol 2.aku xtaw pape pn.dia ckp ari ni ada kaitan dengan hidop dia.mane la aku nak ambil port lagi pasal hidop dia.aku bukan rumate dia lagi.tapi sebenarnya aku saja je buat2 tak ingat yang hari ni hari ultah dia.pegi mampos aku nak wish.dari semalam dok soh aku wish.teringat kembali waktu besday mamat ni time kt pv dulu.budak2 laki tak baling telur,tepung atau minyak pn kt badan dia.mungkin sebab dia da slalu sangat mandi minyak dengan kaum dia.tapi dia ni spesial case sket,budak2 ni juz baling air sabun dan geletek dia je.tapi yang unik nya,payad geletek dia sampai berkeringat ketiak dia.budak2 jadi geli terus semua tak jadi nak geletek lagi.

untuk post aku yg ke-9 ni,aku malas nak cerita panjang2.jadi aku dendang kamu dengan gambar x-rumate aku ni.tapi masalah nya aku tak ada gambar dia.jadi aku telusuri la di laman google dan ini hasil gambarnya.



buktinya susah nak cari gambar mamat ni sampai gambar ni yang keluar plak.


satu lagi kes tersalah tapi aku tak paham kenape mesti keluar gambar yang sejenis dengan dia.


ini la mamat yang aku maksudkn tu.hati aku da panas.jadi gambar sebenar ni aku mintak dari eimy she.dia ada simpan.

jadi di kesempatan ini aku nak ucap kan ucapan selamat hari ultah kepada mawi aka x-rumate aku.lepas aku wish ni aku lah orang yang ke-4 selepas mak bpak dia dan munjir serta eimy she.aku da cakap kt dia jangan jadi budak jahat,kan da takde orang nak wish.degil tak nak dengar nasihat rumate.dulu bapak dia da pesan jadi la budak baik macam hanis 2, 2 pun lepas bapak dia nampak aku baru balik surau time bapak dia datang melawat mamat ni kt pv dulu.

Hai semua!! Assalamualaikum!! Kabare semua? Waras? Saya kembali walaupun sebelum ini telah berlaku beberapa cubaan menjatuhkan saya melalui gambar-gambar yang entah diambil dari mana....badan lain, lepas tu tampal kepala muka saya pakai paint. Ish,ish tak patut betul. Kang cik kiah marah kang, baru tahu. Nasib baik saya takda facebook, kang banyak lagi cubaan untuk menjatuhkan saya melalui gambar-gambar dari facebook. Haaa, tadi saya belek-belek barang saya. Sya terjumpa barang yang membuktikan saya pelajar kolej yang hebat ini. Nak tahu apa dia?? Teruskan membaca ya

( Ini kalau korang takda, tak payah mengaku student pre med. Ini tiket nak naik bas paling ekslusif sekali dekat malaysia kalah keselesaan fly emirate yang taja kelab bola bodoh jersi merah tu. Tiket ini membolehkan saya tidur di kerusi bas yang empuk masa menuju ke kelas mr banoo, dan selepas itu sambung tidur lagi di kelas mr banoo. Tapi awas jika anda duduk sebelah boyak, kadang2 dia tidur kepala letak dekat bahu anda. Air liur meleleh. Pernah juga saya melihat ada seorang wanita pre med tidur ternganga dalam bas ini. Nanti saya jumpa gambar saya tunjuk ye. Walaupun pas ini amat stylo, dan guna macam touch n go. Scan pastu jalan, ia hanya laku dalam masa tak sampai beberapa hari. Sebab cik najib besar eksiden skuter kita tak larat nak cek tiap2 pagi, boleh hilang lemak kata dia. Tiket je pukul lapan suku, keluar pukul lapan setengah juga. Ye la, nak kejut hanis, boyak, siput, munzir, elias, own, peter, kannan, ahh ramai la. Tapi paling liat ramzi, tak caya tanya arif haizi dan ehsan gelong)

(Saya tahu ramai yang pelik ini kertas apa. Ini kertas mengandungi ilmu, kalau dalam yang ini ilmu hbp. Kertas ini mujarab digunakan ketika peperiksaan sedang berlangsung sama ada dengan cara sorok bawah kertas jawapan ataupun tengok masa kencing atau buang air besar. Kalau masuk tandas tak buang air, boleh jugak nak tgk kertas ni. Tapi jangan salah anggap, selalunya budak2 tgk sebelum periksa. Kira ulang kaji terakhir la. Kalau terbawa masuk, itu lain cerita. Ini bukan saya punya, boyak punya. Dia lupa nak ambil balik, saya pinjam saja. Tapi yang ini tulisan pait, yang lain fotokopi saja. Tengok berapa besar dosa dan salah pait dah buat iaitu menyebarkan perkara tak baik kepada member2? Besar macam perut dia jugak)

Itu sahaja dari saya di sini. Member-member lain, nak kongsi barang kenangan kolej takda hal. Boleh kita mengungkap memori manis di zaman silam. Kepada own, kebenaran sentiasa berpihak kepada orang yang benar dan dianiaya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.



hah. Korang jangan tak caye plak kat atas muka bumi ada orang halimunan. Bukan setakat fiction semata-mata macam dalam muvi hollowman tuh. Muvi tu dibuat berdasarkan fakta yang saheh. Menurut sumber(budak Lumut) kelibat manusia halimunan ni selalu dijumpai dekat Skudai.Betul ke tak itu aku tak tau la. Kalo salah sumber(budak Lumut) tu la tipu korang, bukan aku yee. Seperti yang tertera kat gambaq kat atas kalo name tag tu tiada mesti korang xnampak ada kelibat manusia. kan kan kan. Percaya tak sekarang??


spastik kan diorang?? macam nak kena makan kasut aku pon ada. astaga

← Previous Page Next Page →