Assalamualaikum, apa kabar semua? Sehat? Cik Kiah sehat? Kalau sehat alhamdulillah, kalau tak sehat, lantak la. Da nak jadi doktor, pandai2 la jaga kesehatan.
Kami di pengurusan blog ini amat bersuka cita sekali sebab telah hadir ramai penulis yang ingin menabur bakti kepada blog persaudaraan kita ini. Lagi2 sekarang dengan kemunculan cik kiah yang mengundang pelbagai kontroversi dan spekulasi. Pihak pengurusan blog masih menyiasat identiti sebenar cik kiah ni, biasa la, buat kerja pun macam pengurusan acms jugak. Buat kerja pakai kepala lutut, bukan kepala otak, biasa la orang kita. Tahniah kepada cik kiah kerana membuat post yang menarik, dan pedas. Pandai cik kiah cili orang ye. Kepada boyak yang hensem, jangan la mencarut dekat cik kiah, kita kan orang melayu. Nanti kitorang ban kang, haaa, baru taw. Takut tak?
Sempena tahun baru ini, kami di pengurusan blog ingin meningkatkan lagi tatasusila penulisan artikel di blog ini. Kerana takut cik kiah marah2 lagi, di samping persatuan mahasiswa islam acms pun dah menjengok-jengok ke blog kita, kami di pihak pemerintah provinsi blog mengharamkan sama sekali penggunaan kata-kata kasar, kesat dan sesi mengutuk orang dalam blog ini. Namun, jika kutuk2 manja seperti yang dilakukan oleh mawi kepada boyak, elias kepada hanis, payard kepada mawi, siput kepada komang adalah amat dihalalkan. Kerana kutuk jenis itu telah terbukti mengeratkan persahabatan antara mereka. Kami tahu semua pelajar di acms kool lagi2 ramzi dan boleh menerima kutukan manja seperti itu. Kami juga menggalakkan lebih banyak penulis baru untuk menulis, dan penulisan b.inggeris diperbanyakkan. Apa guna belajar dengan mr banoo setahun kalau tak power bi bukan?
Itu sahaja, simple bukan? Dan bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan di atas, akan dikenakan satu denda berat. Dendanya ialah belanja mawi, payard dan bapak (el) makan keropok lekor depan surau sampai kenyang. Nak belanja air soya pun leh jugak, walaupun kami baru terbaca air soya boleh mengurangkan kejantanan. Kami dah cukup jantan kami rasa. Kalau payard mintak tambah mee goreng rm2 tak nak sambal, juga perlu dilaksanakan. Dia adalah bapak segala kutu acms. Owh, kami juga berhak menyaman sesiapa yang melakukan kesalahan melampau dengan menggunakan loyer orang putih. Mawi (orang itali) cakap sedara dia (orang2 eropah) banyak loyer.
Sekian, salam muhibah, salam satu malaysia. Owh ya, tajuk di atas dipilih kerana lagu m nasir tengah berkumandang ketika post ini ditulis. Selamat berjaya semua.
Hallo from the other side.....
7 years ago