1. berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan lelaki soleh
  2. berusaha mengawal diri semasa berurusan dengan lelaki ajnabi, jgn gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana perempuan tidak berakhlak hanya akan menarik lelaki yang tidak berakhlak
  3. berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. insyaalah, mungkin jodoh anda di kalangan saudara mereka yang soleh
  4. jika anda terpikat kepada agama, dan akhlak seseorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengahyang soleh. Jangan meghantar hasrat terus kepadanyakerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya
  5. minta ibu bapa, abang atau saudara-mara mencarikan untuk anda
  6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan dan akhlaknya, serta beryakinan dia boleh berubah dengan lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan melibatkan ibu bapa atau orang tengah

Dipetik daripada "Denyut Kasih Medik" karya Dr. Farhan Hadi

Comments

1 Response to “yes, wanita juga perlu berusaha...but how?”

  1. Ikmal Fayadh on May 7, 2010 at 11:50 PM

    terima kaseh naddy kerana post sesuatu yg sangat bermanfaat.

    yg laen? bila lagi?