Hari itu masa pakai seluar mahu pergi seben eleben, gua seluk seluar tengok2 ade satu gulung filem. Gua dah mencarut dalam hati, patut la selama itu aku cari filem yang satu itu tak jumpa2. Tanpa berlengah-lengah, gua terus pecut pegi kedai wong suruh cuci.

Hasilnya :


Ini gambar diambil ketika taklimat di medan mara. Masa ini budak2 nak pergi usu tengah excited macam celaka sebab diorang diberitahu akan dapat nasi lemak pak..apa entah secara free masa on da way pergi medan nanti. Kecoh lebih. Minta maaf la gambar rosak, filem tercuci dengan kuat harimau sekali dengan boxer dengan jeans. Tapi gua rasa sebab utama gambar rosak sebab budak gemuk paling kanan tu. Budak tu kalau masuk gambar memang buruk gambar, tak kira sehensem mana pun pengambil gambar dia. Itu lagi nak merokok, pastu kena marah dengan bapak, merajuk tak nak kawan.

Budak paling kiri, walaupun gua tengok dia macam takda wawasan, tapi gambar ni membuktikan cita-cita dia tinggi. Belum jadi doktor dah pakai topeng surgeon, apa cerita?? Sapa-sapa dah besar nanti nak hantar anak sunat, bagi mamat ni hendel. Gua yakin dia doktor terhebat yang lahir dari pontian. Budak tengah gua tak nak komen lebih2, nanti epal dia marah.

Tapi style gak gambar macam ni, retro pulak gua rasa.

Gambar-gambar budak lain menanti... jangan risau

Comments

7 Responses to “Retro”

  1. Ikmal Fayadh on March 14, 2010 at 3:49 PM

    lomo lomo lomo
    owh, ni kat dpn kedai mkn tuh.

    ini sume sebab sabun basuh cap harimau kuat.
    haha

  2. POS ptn sdn bhd on March 14, 2010 at 7:50 PM

    sbb gmbr ni rosak ade 2 faktor :-
    1) sbb ade boyak
    2) sbb kameraman dye hitam sbb 2 gmbr ni gelap....

  3. usus kecik on March 14, 2010 at 9:26 PM

    aik.aku bukan ada ka time ni?xkan aku hilang ditelan gelap??

  4. usus kecik on March 14, 2010 at 9:27 PM
    This comment has been removed by the author.
  5. usus kecik on March 14, 2010 at 9:28 PM
    This comment has been removed by the author.
  6. Anonymous on March 14, 2010 at 11:32 PM

    woi, main kasar la ni

    gambar ko ada own, tapi rosak teruk, buruk sgt, gua x sanggup letak, haha

  7. usus kecik on March 14, 2010 at 11:34 PM

    pergh.sampai hati ko mawi.patah hati aku.pujuk aku, xkire