Kalian semua mesti pernah dengar Valentine’s day ? ataupun dalam bahasa rasmi di tanah Malaya ialah hari kekasih tapi di medan ini valentine’s day maseh diguna pakai..mungkin diaorang kat sini semua bajet macam mat salleh kat eropah sana. Padahal kulit dah la gelap gelap malap, ada hati lagi. Biarkanlah.. mereka juga manusia, mahu hidup dengan bergembira. So apakah yang dimaksudkan dengan hari tersebut? Mungkin kau orang semua masing-masing da tau cerita di sebalik tarikh itu, 14 Februari. Bermacam versi dan mazhab cerita yang pernah aku dengar, ustaz-ustazah kat sekolah pun ade juga cerita, mungkin jiran-jiran anda juga bergosip santai tentang valentine’s day ini. Mana tahu kan. Aku bukanlah nak membebel pasal sejarah di sebalik hari yang dianggap agung oleh setiap pasangan kekasih di seluruh dunia ini, dan bukan nak bagi ceramah percuma mahupun tazkirah. Oh, segmen tazkirah akan bersiaran setiap hari jumaat je okay. Hari-hari laen tiada.


Ramai orang cakap yang valentine’s day nie sememangnya tak patutlah langsung disambut kat Malaysia. Memang tak patut langsung. Alasan? tak bawak faedah lah, buang masa lah, boleh buat dosa lah, mencemarkan maruah agama lah ,itu dan inilah. Ini negara demokrasi, semua orang memiliki hak masing-masing. 1 Malaysia. Rakyat diketepikan, Pendapatan diutamakan. Biarkanlah mereka semua, kita jaga tepi kain kita. Nah, aku bukanlah mahu mengajak kau orang semua bersama-sama memeriahkan hari Valentine ini dengan berteriak gembira " Mari kita sambut valentine's day! Mari! Yeay! " . Bukan-bukan.

Kita renungkan seketika, Adakah kau orang semua sedar, selain pada hari valentine ini juga, berlakunya perkara-perkara yang yang disebut berunsur kemungkaran secara meriah dan berleluasa. Seringkali formulir yang digunapakai oleh orang kita, katakan pada valentine’s day tersebut, ramai cewek dan cowok bersama pacar masing-masing, tatkala mereka enjoi gila-gila katak tak ingat dunia langsung meraikan hari tersebut, minumlah arak, minumlah tuak, minum lah mandi (manis dingin-teh 'o' ais) dan bermacam-macam. Mandi juga dipercayai memabukkan. Takdelah tipu je okay. Bila minum semua jenis air kencing syaitan ini, mulalah syaitan dan iblis datang berdoyon-doyon dengan langkah yang segak. "Weyh bro..lu tunggu apa lagi, perempuan depan mata, nampak sedap. Lu bantai je bro..nikmat dowh. Sikit je.. tak berdosa kot. Nikmat bukan maen beb..lu pikir". Berlakulah zina, termakan dengan kata-kata kawannya itu, syaitan memanglah dasarnya syaitan, tak kanlah dasar boyak kot.

Kauorang fikir balik, benda-benda ini berlaku pada hari valentine sahajakah? Adakah acara yang telah disebutkan diatas hanya berlaku pada hari tersebut?

Kau bayangkan pada hari sambutan kemerdekaan, di dataran merdeka, Kuala Lumpur. Orang laen tengah sibuk nak countdown sambut merdeka, punyalah semangat patriotik berkobar-kobar nih, bendera lekat penuh kat kereta atau motor masing-masing sampai boleh kena saman dengan JPJ, cat-cat muka semua dengan kaler bendera malaysia. Boleh pula, segolangan makhluk ciptaan tuhan ini sedap melempiaskan nafsu seks masing-masing tanpa segan silu di kelilingi khalayak ramai. Aaahh! Aaahh! Aaahh! . Orang sepatutnya melaungkan kata-kata semangat Merdeka! Merdeka! Merdeka! . Ini ape cerita?? Diaorang memang da silap tema. Buktinya? bersepah-sepah kondom beraneka perisa disana-sini di dataran merdeka. Ini betul. Pakcik dewan bandaraya kuala-lumpur yang cerita kat aku.

Teringat dulu masa overnight di Penang, di malam ambang kemerdekaan. Kami memang dari dahulu bersemangat patriotik. Anak Malaysia. Kitaorang tido kat tepi jalan je. Kesian. Mat-mat rempit berlonggok berlumba. Bengang memang tak terkira lah kan..orang nak tido, boleh lak merempit sampai pagi, ikut hati nak je sumpit tayar motor diaorang. Botol arak bersepah, dengan budak-budak mabuk ditepi jalan melayan lagu shuffle. Sungguh menjengkelkan. Aku rasa motel penuh malam tu sebab ramai orang muda-mudi nak buat projek dengan kekasih hati masing-masing. Test power la katakan. Kedai seven-eleven pun untung, banyak arak dan kondom dijual laris. Nanti mula lah, berlambak bayi-bayi yang baru dilahirkan yang sememangnya tidak berslah dibuang ditepi jalan, dalam tong sampah, dalam lubang jamban. Manusia sekarang akai tak dak, berfikir macam haiwan.

Sedar tak, kemungkaran dan maksiat berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Dimana ada aktiviti maksiat, disitulah syaitan dan iblis berada. Bukan semata-mata pada valentine’s day sahaja. Kena ubah fikiran sedikit. Bila sampai valentine day, barulah semua sibuk-sibuk nak berlagak alim-alim kucing mengatakan itu dan ini padahal benda itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.




Tepuk dada, tanyalah iman.

Comments

3 Responses to “Tepuk dada, tanyalah Iman.”

  1. Cik Kiah on February 12, 2010 at 3:11 PM

    wah! da bertaubat ke wahai fayard??
    haha

    anyway, bagus entri kali ini. cik kiah suka.

  2. faiz pait on February 13, 2010 at 8:31 AM

    hahaha
    cik kiah da ade pakwe lom?????

  3. Anonymous on February 14, 2010 at 4:47 PM

    sape la yg amat bertuah tu kan jadi pakwe cik kiah....