Karaoke bermaksud orkestra senyap jika saya tidak silap. Bagi yang tidak tahu, pelajar jantan pre med memang champion bab2 karaoke. Pelajar perempuan, saya kurang arif. Tempat feveret yang selalu dituju adalah pusat2 karaoke berdekatan sunway, rm 1 satu lagu, jangan harap nak jumpa pelayan karaoke cun, selalunya abang2 yang jaga. Perbuatan itu dilakukan selalunya sebelum tengok wayang, lepas main snuker atau selepas makan di restoran kasim mustafa (orang nama mustafa ni memang otak bisnes kalau nak tahu!!). Berikut saya hidangkan sedikit trivia2 menarik perihal budak2 lelaki dalam kamar karaoke :

1. Payard pernah melakukan perangai minta terajang kerana memilih lagu bukan2 ketika karaoke, salah satunya lagu asmaradana dendangan tiara jaqulina (gua xreti eja nama dia).

2. Lagu isabella, pelajar ini tarik, bunyi dia punya lain macam, kalah amy search. Umpama lagu black metal. Garau, sengau, tak sedap, dan ganas. Macam suara makcik Rz pun ada kadang2. Pelajar itu adalah khairul hirzan.

3. Peter dikhabarkan pernah layan karaoke sorang2. Dia sendiri yang mengaku. Ini mungkin kerana beliau sangap dan gian hendak nyanyi lagu2 sarawak seperti puteri sentubung puteri sejinjang, dan takut jika membawa budak2 semenanjung, dia disumpit kerana ketidak pahaman lirik oleh budak2 semenanjung. Mungkin pelakon papadom boleh temankan dia lain kali, kesian dia.

4. Budak pontian selalunya nyanyi lirik tak masuk lagu. Itu membuatkan dia selalu berputus asa hanya dengan satu lagu, dan diam sepanjang sesi karaoke melayan perasaan dengar pelajar lain melalak. Lagu kegemaran beliau adalah mata, hati, jiwa dendangan awie sambil dinyanyikan lari tempo. Rambut dia time panjang cam awie gak kadang2 aku tengok.

5. Budak lelaki melayu paling tua pre med, adalah orang yang selalu berdiri masa karaoke. Kononnya nak dapat feel. Tapi melalui pengamatan, selalunya budak2 yang karaoke sekali tak rasa pun feel itu. Malahan, berdasarkan riak wajah setiap orang, saya berpendapat mereka lagi cenderung nak bagi back heel kepada jejaka rambut sikat belakang yang khabarnya sekarang sudah tough itu.

6. Walaupun dato z gila karaoke, kelibat beliau tidak pernah kelihatan di pusat karaoke murah itu. Tapi dengar khabar mengikut mamak yang ceduk kuah kari siram ke jari dia sebelom kuah itu jatuh ke nasi yang kita order yang kerja di kasim mustafa, banyak kali juga kelibat seperti dato z berkaraoke di situ. Mungkin dia karaoke waktu2 bukan budak2 acms outing. Itu yang kita tak tahu tu. Itu yang kita nak siasat!!

Sekian saja, ini saja trivia yang saya ingat. Pelajar perempuan, jika nak tambah atau cerita bersi feminin, dipersilakan. Budak2 laki kalau nak tambah info, saya alu-alukan, tersilap bahasa, maafkan2, sekian, assalamualaikum.

Comments

3 Responses to “Karaoke”

  1. usus kecik on December 5, 2009 at 6:54 PM

    ala canggung-canggung?

    ewah2,,bukan maen nmpak.
    lu tunggu gua abis exam dulu.
    siaplah.

    -fayard-

  2. POS ptn sdn bhd on December 5, 2009 at 7:31 PM

    7.budak melayu ala2 indian merupakn yg sering mndendangkn lagu spt iris dendangan awie akan tetapi kelibatnya tidak kelihatan memandangkn rauk wajah dan tubuhnya yg gelap
    dan kehitaman.malahan beliau sering dimarahi karena mndendangkn lagu2 melayu yg seakan2 tidak sesuai dan brtentangan dgn bangsanya dan budayanya sndiri.

  3. POS ptn sdn bhd on December 5, 2009 at 7:31 PM
    This comment has been removed by the author.