Sekarang gua jemput geng2 di acms dak2 laki saja, perempuan boleh juga. Gua jemput sapa nak buat band hip hop reggae sikit2 dengan gua. Kita nyanyi lagu bes punya. Audition akan gua buat di jakarta, tapi waktu dan tempat saintifik gua tak boleh konpem lagi. Bagi sape2 nak datang audition, sila khatamkan lagu kat bawah nie, datang dress up macam die, gaya dan muka kena macam die dan slang pun kena macam lagu dekat bawah ini. Selamat berlatih semua.
Pesanan khas :
Boyak : Lu jngan praktis dalam jamban sambil isap rokok, nanti eksiden tergelincir, patah lak kaki lagi sebelah.
Payard : Ah, jangan tanya apple lu lu nyanyi sedap ke x, aku sama bapak nasi padang yg jadi judge nanti.
Hanis : Lu boleh praktis sambil nek EX5 dari pontian ke skudai yg maju kalau takde masa.
Munzir : Boleh ajak bibik lu kolaborasi kalau nak.
Ajis : Gaya da macam Joe Flizzow, jom r audition. Jangan malu2.
Nadia Amalina : Taknak join ke? Ada boyak ni....Leh pakai spek itam, baru cute. Hahaha
Anisah : Asyik2 layan lagu jepun ngan korea. Cuba try lagu serantau tgk!
Own : Gaya tangan lu lebey kurang dah. Jom ah.
Elias : Rusia ngan jakarta bukan jauh. Gua taw lu kepingin. Apa barang rambut da sikta belakang tapi xnyanyi hiphop.
Siput : Lu gua dah rejek awal2. Gua taw lu xleh nak komitmen.
Budak2 lain : Bila lagi nak tunjuk bakat woi!!!
Bawah ni lagu bonus. Sapa dapat master lagu bawah nie, gua terus amek. Lagu nie susah sikit sebab ada penggunaan bahasa inggeris yg mr banoo pon takleh nak master.
Recent Posts
Archives
Categories
- berdua lebih baek (1)
- bile terase rindu (1)
- bunga (1)
- dalam hati ada taman (1)
- DIY (1)
- kaya-kaya (1)
- kejor yobb kejor (1)
- kenangan (1)
- masuk duit lagi (1)
- mmmmuuuaah.. (1)
- Tazkirah (2)
- teman orang perak jati (1)
Our Blog List
-
Hallo from the other side.....7 years ago
-
~___~!11 years ago
-
3 sebab mengapa kita harus memilih ilmu12 years ago
-
-
subconscious12 years ago
-
-
-
-
-
-
~open ur eyes~14 years ago
-
S.E.L.A.M.A.T15 years ago
-
-
-
-
-
Search
lagu ni aku tujukn khas wat mawi
Apa agaknya khabarmu disana
Disiniku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa siksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati merasa bagai tertinggal disitu
Meskipun ku puja jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada apa yang terdaya
Bila terasa rindu
Kusebut namamu
Dengan harapan
Kaukan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu kubayang wajahmu
Dalam angan dan baru daku terasa bagai disembuh
ooo jauh sekali hidup disini berbeza
Beribu kali lagi [...]
Bos blog ini, fayard sedang bercintan-cintun melepas nafsu, silap, melepas rindu sebenarnya dekat pv dengan awek tersayang dia. Dia biarkan aku terkapai-kapai hendel blog ni sekarang ini. Takpe, takde hal. Tanggungjawab harus diteruskan. Baiklah, penulisan kali ini aku nak buat suci2, takda mencarut2, takda benda2 kotor, takut cik nadzirah marah.
Bila anda semua di auditorium, sedang anda sebok mendengar ilmu yang dicurahkan, atau sebok mengumpat boyak yang tak hensem, apa yang anda lihat apabila toleh ke belakang? Ya, tepat sekali. Budak2 laki berkemeja, bertali leher sedang nyenyak tidur dengan berbagai gaya. Budak perempuan ada juga tidur di depan, jangan ingat kami tak tahu. Tapi tahukah anda semua bahawa setiap gaya tidur pelajar2 laki ini melambangkan personaliti dan mempunyai beberapa makna tersirat? Tak payah cerita banyak, meh saya huraikan.
Tidur gaya kepala di atas meja. Ini adalah cara tidur budak2 pandai dan genius. Selalunya dilakukan oleh budak2 baris belakang. Cara tidur ini ternyata efektif dalam menyerap ilmu yang disampaikan kerana ilmu yang dipancarkan terus tepat ke atas kepala di mana di situ lah otak cepat menyerap ilmu. Cara ini juga dapat mengelakkan dari air liur tertumpah ke atas baju yang akan menyusahkan untuk bersolat zohor atau subuh qadha'.
Tidur gaya beruang. Ini aku tak payah cerita la. Sapa lagi yang tidur macam ini kalau bukan beruang patah kaki naik motor kan? Seperti seekor beruang yang berhibernasi, apabila dikejutkan, gayanya seperti beruang mencari mangsa. Selalunya dia akan menguap kuat, berbunyi HUUARGHH, ala macam beruang la senang cerita. Nak tangkap beruang tidur ini, paling senang tyme kelas kak su dan mr quah, dan kelas HBP.
Tidur terbongkang terbaring di lantai di celah2 kaki budak2 laki. Mengikut teori, cara ini selalu dilakukan oleh budak2 pedalaman yang tinggal tepi2 sungai. Teori ini dibuktikan oleh perlakuan dan gaya tidur budak yang berasal dari sungai buloh. Cara tidur ini adalah paling tidak sopan dan dipandang keji oleh persatuan penidur2 seluruh pre med.
Nak tidur tapi tak boleh tidur. Acap kali, apabila kelas biologi bermula, budak2 laki akan setting kepala mahu tidur. Namun, niat itu tidak kesamapaian apabila cik naza mengajar organ reproduktif menggunakan peter sebagai model. Walaupun muka peter membantutkan imaginasi kami terhadap organ itu untuk meningkatkan lagi pemahaman, namun ketidak ngantukan yang melanda diri kami masih menjadi misteri. Adakah cik naza telah menemukan penawar bagi penyakit ini? Itu yang kita hendak siasat.
Sekian saja, bagi yang bercuti jangan tidur banyak2, nanti jadi bebal. Salam bagi semua budak premed dan kepada fayard, beragak2 la dalam melepas rindu tu. Lagi satu, apa aku dengar gosip2 pasal syeera ni? Ada sesiapa mahu berkongsi informasi?
Bola sepak sememangnya merupakan sukan no.1 di dunia.dan sebagai anak2 jantan,budak2 laki pre-med x lari daripada meminati pemainan terhebat di alam semesta ini.bukan setakat tengok bola saje,mereka juga gemar bermain bola dan bermain game bola.bak kate pepatah coca cola:makan bola, tido bola, tengok bola, minum coca cola.boleh dikatekn bola merupakan topik perbualan hangat bagi pelajar laki setiap kali waktu mkn, waktu tunggu bas, waktu isap rokok dan semase kuliah di audi selain merupakan bhn utame untuk mengutuk sesame sendiri.setiap bdak2 laki ni mempunyai kelab2 tersendiri yang diminati mereka.di bawah ini merupakan trivia tentang kelab2 yang menjadi pujaan hati msg2.
manchester united
man u sememangnya merupakan kelab yang terbesar,terkenal,terpopular di selurh pelusuk planet bumi ni.memang x dinafikan kelab ni memang kuat dan mempunyai sjarah yang tersendiri.dulu,mse zaman skola rendah aku pun meminati kelab ini,tapi sejak beckham blah dan kehadiran ronaldo yg suke berpura-pura jatuh minat aku pun berkurangan.kelab ni merupakan kelab yang plg byk peminatnya di kalangan budak2 laki premed.antaranya ialah peter ronald(bajet name cam ronaldo r),halim,faiz,ramzi,tempang dan yg plg utama sekali jusdeff yg sanggup nek moto ke butterworth jam 3 pg semate2 nk menonton man u di kedai mamak.
liverpool
merupakan seteru utame man u dan hampir memenangi epl musim lalu.kelab ni juga mempunyai sejarh yg hebat di England dan di eropah.namun, pada musim ini,kelab yg menjadi pujaan budak pontian(pekan temaju di Malaysia) dan jejaka macho dari perak ni bermain seperti x nk mng jek.mungkin disebabkn kecederaan pemain yg menghantui mereka.atau mungkin mascherano lebey minat menambah koleksi kartu merah yg menjadi kebanggaannye drpd menmbah koleksi 1 gol yg dijaringkn sepnjg bermain untuk liverfool.
Arsenal
entah mengape kelab ini kurang diminati oleh budak lelaki premed walaupun merupakn kelab yg plg cool dan steady di dunia dan sentiase mghiburkan peminat dgn aksi yg cantik di ats pdg.mungkin mereka jeles dgn peminat kipas susah mati kelab ini yg tampak bergaye dan hot selalu.mungkin juge mereka bengang dgn bunyi moto kanan yg juga merupakan penyokg klb ini.walaupun arsenal gagal untuk memenangi sbrg piale dlm bebrpe thn kblkgn, ini tetapi kelab ini sentiase merupakan pencabar utama antare 4 klb terkuat di epl.kelab ini juga pernah dibintangi oleh beberape name2 bsr dlm sukan bola spk seprti thierry henry, viera, pires, kanu, ian wright dan byk lagi.mungkinkah thn ini arsenal akan memenangi epl.
chelsea
kelab yg menjadi power stlh dibeli olah jutawan dari rusia dan dibintangi pemain bintang afrika drogba yg suke jatuh gak cam ronaldo ini sentiase menampilkan persembahn mntp pade musim ini.mungkinkah meraka akan mermps kembali gelaran epl musim ini dri man u.kelab ini sgt diminati oleh mawi.katenye die sgt meminati gaye permainan mikel dan essien yg berkulit sepertinya.tidak lupe juge kpde bdak kedh yg mempunyai gaya tgn pelik yg gelak bsr mase drogba skor free kick yg x berape cantik ketika lwn arsenal minggu lalu.mcm shittt..
barcelona
kelab ini dikatekn sgt kuat dan terbaik di dunia pada masa ini.dibarisi pemain berkelas dunia seprti messi,henry(bks pemain lagenda di arsenal),ibrahimovic dan xavi, x dinafikan kelab ini sgt power apabila berjaye memenangi liga champions musim lalu dgn memalukn man u di final.”dgan adenye messi dlm Barcelona, mereka seperti pasukan dari planet lain”kate pengurus klb atalanta. peminat kelab ini aku tau cume faiz jek.sipot ckp die suke barcelona gak tp die tgk bola baru 15 menit da tido.x die hard fan lgsg.
kelantan
pasukan dari pantai timur ini mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila menunjukkan taring sjk akhir2 ni.mereka dibarisi oleh penyokong2 yg agresif dan ganas yg menyebabkn kekecohan di stadium dgn membakar kereta polis dan mngamok x tentu hala.pasukan negeri yg dipimpin olh kerajaan pas dan terkenal di indon dgn isu manohara ini diminati oleh bdak2 kelantan iaitu komang dan likin.
Kelab2 dan pasukan di ats adalah antare kelab yg diminati oleh bdk2 laki premed.mereka sanggup buat apa sje untuk menyaksikan pasukan pujaan mereka beraksi walaupun terpakse bersengkang mate jam 3 pg,menapak ke restoran ape tah aku lupe nme die sdgkn esei yg disuruh buat mr banoo 2 bln lepas masih x siap2 lagi,walaupun x boley tido slps menyaksikan psukan ksygn msg2 tewas di tgn psukan lain.dgn menonton bola juga persahabatan yg erat telah terjalin antare pelajar lelaki yg berlainan agama,bangse dan juga berlainan wrne kulit(yg hitam ngan yg putih).kesimpulannya,mesej yg cube disampaikan oleh fifa”football unite us all” telah tercapai di klgn bdk2 laki premed.
peace out!!!
Inilah lagu kegemaran boyak ketika study. Lagi2 tyme dia tengah prepare toyol untuk exam anatomy. Ataupun tengah homesick rindu mama dia. Ataupun tyme tengah terlantar lepas kena langgar motor di mana siput jadi bibik dia.
Bila Terasa Rindu
Jadi, kepada nadia amalina, jangan sesekali terpedaya dengan imej ala jantan yang ditunjukkan oleh boyak. Buat pilihan yang tepat agar tidak menyesal di kemudian hari. Hahaha. Tak percaya fakta ini, tanya fayard, hanis, own, siput, munzir, ajis, pait, dave dan lain2. Ramai sangat.
Setiap orang mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia itu sendiri. tidak kesahlah, kau gay, lesbian, gaybian, separuh gay, mahupun separuh lesbian. Tapi sedarlah, hubungan sesama jantina yang sama yang akan menjerumuskan diri ke lembah hina, tidak akan mendapat keberkatan dari illahi. itu cinta terlarang. okay, dalam entri ini, aku bukan nak ceritakan pasal cinta terlarang, cinta gay, cinta lesbian dan ketika cinta bertasbih II.
ini tentang kita. cinta antara kita. dulu, masa first masuk pre-med, bukan maen lagi malu-malu kucing. tapi sekarang, wah! makin rancak kedengaran cerita panas dimana-mana. macam bermimpi pun ada. nak mempercayai benda yang yang sememangnya susah nak dipercaya. ish, dah la, aku malas nak tulis panjang-panjang nih, nanti ayat jadi macam ayat keling skudai johor. ini realiti atau skandal? kau fikirkan sendiri. mari kita terjah!
CINTA 1.
Cowok nih tinggl di johor, tak tahu kat belah mana. tapi yang pasti bukan kat pontian dan skudai.itu memang pasti. Cewek pulak orang johor gak. wah! ini satu kebetulan bukan? tapi dgr kata cewek nih tinggl di shah alam. hurm.. melalui sumber yang boleh dipercayai, mereka mula rapat sejak datang ke tanah medan ini. pergi makan malam bersama. candle light dinner mungkin? semakin hari, semakin rapat. tapi ini juga tak bermakna mereka sedang bercinta. ah! mustahil. confirm. tengah dalam proses tuh, kayuh slow-slow bang.
CINTA 2.
Cinta ini di semananjung tanah melayu. tapi dengar kepanasan sampai ke sini. dasat2. bile ditanye, 'eh,mne ada la...kiteorang just kawan-kawan je okay. tiada lebih dari itu..' menurut sumber, cinta antara mereka semakin berputik, siap anta sampai umah lagi, rumah cewek nih kat kedah. cowok ini agak hensem, kacak,macho, rambut ala-ala noh hujan. bang, aku skandal satuuuu. pergh! sumpah, kalah kemachoan kau. Mang, jaga anak orang baek-baek. Peace.
CINTA 3.
hah!, ini cerita yang paling hot kalu you all nak tau. pertama kali dengar, tak terkata.kaku. hanis pernah meluahkan perasaan pabila terdengar cerita ini. "gua, macam tak percaya dowh, tolonglah katakan yang ini mimpi. tolong.." dulu, dia, munjir anak si dali dali, dengan bdk skudai sorang nih, bukan maen lagi nak tackle cewek nih. ade hati la konon. tak sedar diri, dah la tak tough, hitam, buncit lak tuh. munjir sorang je six-pack. erm, kalian semua boleh lupakan si dia. dia telah jumpa lelaki yang jauh lebih hebat dari kalian. percayalah..ini bukan mimpi. Syeera, telah jumpa papadomnya.
CINTA 4.
Eime she. satu nama yang comel. secomel orangnya.cuteeee gitu. mengambil jurusan nursin dan dan sangatlah sesuai dengan seorang rakan kita, kini, kedengaran ceritanya, hangat dilamun cinta. antara UKRIDA dan ACMS. walaupun terpisah dengan lautan yang luas. tiada yang dapat menghalang cinta mereka berdua. mereka cakap ini cinta sejati. skype menjadi tempat melepas rindu. i rindu you. you rindu i. auwww..mawi, apa khabar durian kau?
erm,ini sahajalah yang dapat aku terjahkan pada masa ini. kalian juga tahu bukan, ramai juga rakan-rakan kita yang telah sangap dilanda badai cinta. tak kira baru ataupun sudah lama dan tidak perlu semua orang tahu ataupun diketahui semua orang. biarkan lah. janji mereka bahagia. kita doakan bersama. amin.. hanya sebagai pesanan dan renungan, sayangilah orang yang telah menyayangi kau, terimalah pasangan anda seadanya dan hargai dengan penuh kaseh sayang. jagalah perasaan masing-masing, maafkan sesatu sama lain. setiap hari sayang. nescaya, kau akan berasa bahagia dengannya.
Karaoke bermaksud orkestra senyap jika saya tidak silap. Bagi yang tidak tahu, pelajar jantan pre med memang champion bab2 karaoke. Pelajar perempuan, saya kurang arif. Tempat feveret yang selalu dituju adalah pusat2 karaoke berdekatan sunway, rm 1 satu lagu, jangan harap nak jumpa pelayan karaoke cun, selalunya abang2 yang jaga. Perbuatan itu dilakukan selalunya sebelum tengok wayang, lepas main snuker atau selepas makan di restoran kasim mustafa (orang nama mustafa ni memang otak bisnes kalau nak tahu!!). Berikut saya hidangkan sedikit trivia2 menarik perihal budak2 lelaki dalam kamar karaoke :
1. Payard pernah melakukan perangai minta terajang kerana memilih lagu bukan2 ketika karaoke, salah satunya lagu asmaradana dendangan tiara jaqulina (gua xreti eja nama dia).
2. Lagu isabella, pelajar ini tarik, bunyi dia punya lain macam, kalah amy search. Umpama lagu black metal. Garau, sengau, tak sedap, dan ganas. Macam suara makcik Rz pun ada kadang2. Pelajar itu adalah khairul hirzan.
3. Peter dikhabarkan pernah layan karaoke sorang2. Dia sendiri yang mengaku. Ini mungkin kerana beliau sangap dan gian hendak nyanyi lagu2 sarawak seperti puteri sentubung puteri sejinjang, dan takut jika membawa budak2 semenanjung, dia disumpit kerana ketidak pahaman lirik oleh budak2 semenanjung. Mungkin pelakon papadom boleh temankan dia lain kali, kesian dia.
4. Budak pontian selalunya nyanyi lirik tak masuk lagu. Itu membuatkan dia selalu berputus asa hanya dengan satu lagu, dan diam sepanjang sesi karaoke melayan perasaan dengar pelajar lain melalak. Lagu kegemaran beliau adalah mata, hati, jiwa dendangan awie sambil dinyanyikan lari tempo. Rambut dia time panjang cam awie gak kadang2 aku tengok.
5. Budak lelaki melayu paling tua pre med, adalah orang yang selalu berdiri masa karaoke. Kononnya nak dapat feel. Tapi melalui pengamatan, selalunya budak2 yang karaoke sekali tak rasa pun feel itu. Malahan, berdasarkan riak wajah setiap orang, saya berpendapat mereka lagi cenderung nak bagi back heel kepada jejaka rambut sikat belakang yang khabarnya sekarang sudah tough itu.
6. Walaupun dato z gila karaoke, kelibat beliau tidak pernah kelihatan di pusat karaoke murah itu. Tapi dengar khabar mengikut mamak yang ceduk kuah kari siram ke jari dia sebelom kuah itu jatuh ke nasi yang kita order yang kerja di kasim mustafa, banyak kali juga kelibat seperti dato z berkaraoke di situ. Mungkin dia karaoke waktu2 bukan budak2 acms outing. Itu yang kita tak tahu tu. Itu yang kita nak siasat!!
Sekian saja, ini saja trivia yang saya ingat. Pelajar perempuan, jika nak tambah atau cerita bersi feminin, dipersilakan. Budak2 laki kalau nak tambah info, saya alu-alukan, tersilap bahasa, maafkan2, sekian, assalamualaikum.
This group is particularly for those who attended ACMS , it doesn't matter where you are now, but its for our batch 08-09 pre-medical studies and who will somehow never forget the years spent in this LOVELY,WONDERFUL college even if they might seem so far now.
So, feel free to join if you are concerned, and do not hesitate to open a discussion board or write on the wall. Come share your memories! If ever you have pics of 'the good old times' you may publish them.
p.s. Closed: Limited public content. Members can see all content.
CHEERS!