Ini hanyalah cereka rekaan , jika ada kena-mengena atau ada persamaan , saya minta maaf banyak-banyak .
Malam itu , sunyi sepi . Rintik-rintik hujan masih jatuh ke bumi selepas hujan lebat beberapa minit tadi . Unggas dan cengkerik sibuk bersimfoni berorkestra di padang dan rumput-rumput . Kadang-kala , lembu berbunyi menandakan mereka kesunyian . Jalan raya lengang baik di luar mahupun di dalam Putra Villa . Air pancut kolam mandi sudah lama berhenti beroperasi . Doktor pakar tulang dan doktor mengajar etika kedokteran sudah lama gelap rumah mereka . Tidak tahu sama ada mereka sudah lena ataupun masih membuat aktiviti sulit lain .
Di atas bumbung blok E , beberapa remaja lelaki gantang sedang berpeleseran . Asap rokok dari jenama Dunhill , Winston , Saat , Surya dan Marlboro berkepul halus menakluki atmosfera . Kadang-kala terdengar hurai ketawa daripada jejaka-jejaka itu . Sungguh berbeza dari pelajar perempuan , yang hanya melepak di dalam rumah , bersembang tentang orang lain sama ada yang mereka suka atau yang mereka benci sambil mulut mengunyah biskut .
'Kau kalau nak awek tu , kau kena berusaha lebih sikit ' , kata Hans sambil asap rokok mencurah keluar dari hidung dan mulutnya .
Jejaka berasal negeri Yob itu memandang bawah penuh khusyuk . Kadang-kala beliau menggaru punggung yang gatal ditusuk hidung nyamuk . Di tangan masih tersemat rokok kretek kegemarannya . Dia cuba membalas , namun hanya mulut bergerak tidak keluar kata-kata . Boxer hijau bersama baju sejuk putihnya memang sudah menjadi uniformnya jika hendak tidur . Entah bagaimana hanya badan bahagian atas sahaja yang sejuk , paha ke bawah selamba didedahkan ke angin sejuk .
'Nak tekel perempuan ni , macam nak buang air besar tapi kau tak suka makan sayur . Kau kene teran keras sikit , baru dia keluar' , kata jejaka jawa Johor yang tidak berbaju .
'Aku setuju !! ' , suara si budak gemuk berkulit gelap yang memang suka buang air besar .
'Tapi aku.....' , suara pelajar itu tersekat-sekat .
Bersambung ..
Hallo from the other side.....
7 years ago
No Responses to “Siri Novel Tidak Bertajuk Bahagian 1”
Post a Comment