Memandangkan filem papadom ditayangkan selepas sebahagian pelajar pre med berangkat ke indonesia, maka baru semalam aku dapat menonton filem itu selepas habis karaoke di inul vizta. Filem ini telah ditonton sejurus selepas habis download balik dari karaoke, nampak begitu bersemangatnya aku ingin menonton filem lakonan syeera fauzi yang dicanangkan fayard dalam post terdahulu ini ?

Sinopsis filem ini anda boleh baca sendiri. Menurut ilmu filem yang saya tuntut dari yusuf haslam dan mamat khalid, filem ini adalah seperti filem-filem melayu berjaya lain. Cuma disuntik sedikit elemen cerita dongeng yang tidak masuk akal. Dialog-dialog pintar seperti ' jangan terlalu beremosi dengan tanah' amat mencuit hati dan meninggalkan kesan. Jadi, apakah ramuan yang membuatkan filem ini berjaya menggondol anugerah filem terbaik festival filem malaysia ?

Jawapannya adalah kerana syeera fauzi telah berlakon di dalamnya sebagai pelakon pembantu UTAMA!! Sekali lagi, SYEERA FAUZI ADALAH PELAKON PEMBANTU UTAMA !! Lakonannya cukup hidup seperti lakonan Zoey Deschanel dalam 500 days of summer ataupun Megan Fox dalam transformers. Melakonkan watak tiada dialog yang merupakan seni tertinggi dalam bidang lakonan ternyata dapat dikuasai sepenuhnya oleh wanita berasal dari sarawak ini. Saya pernah ingin berlakon drama sekolah rendah menjadi pokok yang tidak bersuara tetapi cikgu bahasa saya melarang kerana watak itu memerlukan daya kemahiran lakonan yang tinggi yang akhirnya pokok itu dibuat menggunakan polisterin. Lihat betapa susahnya watak itu. Syeera fauzi juga telah berjaya menahan gelak apabila afdlin shauki berkata 'johny deep tue sekolah sini ke?',walhal saya sudah tergelak-gelak. Syeera fauzi ternyata berjaya mengenepikan bakat besar seperti l.jasmay,chelsia ng, scha dan farid kamil.

Juri festival filem pernah berkata kepada saya melalui sms, jika tiada syeera fauzi, papadom tidak akan diangkat sebagai filem terbaik! Dia berkata begitu ketika membalas mesej saya 'apehal papadom menang, setem tak menang?', ternyata jawapan itu adalah benar dan tidak boleh disangkal lagi. Tahniah kepada cik syeera fauzi , dan jika saya masih lagi di bertam , sudah tentu saya akan meminta autografnya dan framekannya dan digantung di tepi suis kipas ruang tamu rumah di PV dan menayangkannya dan berlagak kepada cik sobri ketika dia sedang membetolkan lampu yang rosak. Oh ya, saya mewakili budak2 lelaki lain ingin memohon maaf kepada cik syeera fauzi jika sepanjang kami meminjam basikal anda, ada yang jahanam. Namun, sekarang beliau sudah femes dan kaya habuan dari duit berlakon sebagai pelakon pembantu utama, maka saya rasa beliau sudah tidak kisah. Itu sahaja, berjumpa lagi di filem lain.


Adegan paling penting dalam filem papadom. Lakonan mantap syeera fauzi

Comments

4 Responses to “Review Filem Lakonan Syeera Fauzi Oleh Abang Mawi”

  1. Unknown on November 21, 2009 at 10:15 AM

    akmal azman like this.. ;)

  2. sera on November 21, 2009 at 4:37 PM

    mawwwwwwwwwwwwiiii, ko ni sengal la..
    geram plak aq...aish..malas da nk layan ko ni~~~~

    cb la wat keje lain..~~ =_=

  3. usus kecik on November 21, 2009 at 6:55 PM

    MANTAP!!!

  4. POS ptn sdn bhd on November 22, 2009 at 11:38 PM

    mantap ini...
    hua3..
    pasni konfem micheal bay ke stevel iceberg ke yg amek sera blakon sbgai PELAKON PEMBANTU WANITA UTAMA....
    huahuahua...
    wat movie LAGI2 TRANSFORMER ke...
    PAPADOM GORENG TAUCU ke...
    huahuahua
    tahniah kpd cik sera ..
    huhuhuhu
    -pait-