Sambungan..
3. Kafe Putra Villa
Dulu, semasa mula rampasan kuasa berlaku di kafe ini , makanan yang dihidangkan amat sedap , siap dapat diskaun lagi . Namun , makin lama kualiti dan rasa makanannya makin merendah akibat desakan faktor sosiologi dan populasi yang semakin bertambah . Perlu menunggu lama untuk makanan sampai di meja bukan lah satu masalah kepada pelajar lelaki pre med . Pada waktu menunggu itulah banyak aktiviti mengeratkan silaturrahim dilakukan . Antaranya , mengutuk orang , mengumpat pelajar wanita , mengusha wanita yang keluar masuk club house yang pakaiannya macam sial , bertukar-tukar penyakit paru-paru , berborak pasal keagamaan sambil berseluar pendek , berbincang tentang anak mak cik rz , mengata mr banoo dan berbincang hal hal akademik . Ketika waktu menunggu ini juga lah , khairul hirzan akan membuat gaya tangannya yang bisa membangkitkan kemarahan orang ramai . Kami syak dia ada huntington disease . Oh ya , di kafe juga anda dapat melihat pak cik kafe ( yang anak dia sengal teramat tak tolong mak bapak dia dan menggatal dengan perempuan ) memasak nasi goreng seperti travis barker mengetuk drum .
4 . Gerai Goreng Pisang dan Keropok Lekor Depan Surau
Melihatkan berapa punya panjang nama kedai ini , sudah tentu anda boleh bayangkan berapa punya panjanng barisan ketika nak membeli bukan . Walaupun , realitinya pelajar acms ini kurang berdisiplin dan tidak berbaris langsung . Kedatangan pelajar pre med beramai-ramai ke gerai goreng pisang ini membuatkan makcik makcik jiran peniaga hanya tertunduk sedih mengenangkan juadah mereka yang tidak berapa nak laku sambil mengingat kembali adakah baju di ampaian sudah diangkat . Makan goreng pisang atau keropok lekor selepas habis kelas memang stim dia lain macam . Tak percaya cuba anda tengok bagaimana ajis si yakuza menikmati keropok lekor selepas kelas sambil tidak berbaju di ruang tamu rumahnya dan kemudiannya terbongkang seperti panda di zoo china .
Oh ya , sekarang sudah waktu makan , segmen ini akan disambung jika aku rajin ya
Hallo from the other side.....
7 years ago
tu zaman bila pnya crita tu..
gua dah sembuh dah dari pnyakit tu...terima kaseh kpd anak adam krna sering mengingatkan aku..sial je
saya suka own mengoyangkan tangan nya.sungguh menghairahkan! thumbs up!
aku mne de tido lps mkn...
ko ni sesuke ati je...