Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan  menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas  kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang  menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia  tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang  dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak  dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
“Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar  melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi  tadi. 
“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung,  memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah  Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah. 
“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa?  bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke  lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah. 
“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah  permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana  tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. 
Nampak jelas matanya sedikit  berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang  sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara  tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini  kat Ina, ya papa!”
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik  tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa  terus berlalu,seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin  bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita  pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin  juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati  sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. “Mama dah  baca, seronok papa,” kata Serena. 
Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba  Serena bertanya. 
“Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya  terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa  bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.  Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi  suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. 
Tiba-tiba  pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran  mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila  pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri  sebelum meluru ke lokasi kemalangan. 
Sungguh kabar itu benar, Serena  terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. 
Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut  ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri  meraung sekuat hatinya. 
“Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya  dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu  nafasnya tersekat-sekat. 
“Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina  sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak  sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan  tisu. 
Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat  isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. 
Di hospital,  Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk  hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri  dan terpaksa bernafas menggunakan respirator. 
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya  bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di  sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.  Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. 
Mungkin Serena tidak  dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan  harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.  Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara  isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu. 
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba  membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia  melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap  kepalanya. 
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam  untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan  terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya. 
“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata  Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini,  walau setahun berlalu. 
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang  diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang  lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata  yang tumpah.