Maulidur Rasul
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.
Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.
Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Artikel dipetik daripada; al-Azim.com
Recent Posts
Archives
Categories
- berdua lebih baek (1)
- bile terase rindu (1)
- bunga (1)
- dalam hati ada taman (1)
- DIY (1)
- kaya-kaya (1)
- kejor yobb kejor (1)
- kenangan (1)
- masuk duit lagi (1)
- mmmmuuuaah.. (1)
- Tazkirah (2)
- teman orang perak jati (1)
Our Blog List
-
Hallo from the other side.....9 years ago
-
~___~!13 years ago
-
3 sebab mengapa kita harus memilih ilmu13 years ago
-
-
subconscious14 years ago
-
-
-
-
-
-
~open ur eyes~16 years ago
-
S.E.L.A.M.A.T16 years ago
-
-
-
-
-
Search
Kalau nak tahu, menurut gosip-gosip orang, dye sekarang dilamun badai cinta. ala-ala drama cinta kutub utara kutub selatan juga. tapi dia lebih mirip beruang kutub, serius. Maseh belum dapat kesahihan cerita cinta boyak, tapi ura-ura ini berkemungkinan betul. Belum ada hitam-putihnya. Dulu, boyak yang dikenali ini mempunyai perwatakan yang serius, brutal, playboy, gayboy, sayangkan mamanya, bajet kacak kini sudah berubah menjadi lebih romantik puitis, manja, dan hati gadis. Ini semua kerana gara-gara seorang perempuan yang telah mencairkan hatinya, mabuk cinta. Aaahhh~ alangkah bahagianya dia. Mungkinkah dia telah menemui cinta sejatinya setelah kian lama mencari?
Identiti gadis tersebut maseh lagi dirahsiakan, agar tidak menjatuhkan maruah sesiapa. Kalian doakan semoga hubungan mereka berdua kekal selamanya.. Amin. Khas buat boyak, enjoilah dunia percintaan yang penuh duri ranjau dan cabaran ini..
Kepada semua gadis-gadis dan janda-janda diluar sana, watch out! kini boyak sudah berpunya yaww! Hmm sekadar memetik lagu Aliff Satar dan ditujukan khas kepada cinta diantara mereka berdua.
Salam 1 Indonesia kepada kawan-kawan semua! Seribu kemaafan sebab segmen who's that pokemon! ini terpaksa bersiaran pada hari ahad kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Kita teruskan kepada episod- 3 kali ini. Sudah bersedia semua?
This group is particularly for those who attended ACMS , it doesn't matter where you are now, but its for our batch 08-09 pre-medical studies and who will somehow never forget the years spent in this LOVELY,WONDERFUL college even if they might seem so far now.
So, feel free to join if you are concerned, and do not hesitate to open a discussion board or write on the wall. Come share your memories! If ever you have pics of 'the good old times' you may publish them.
p.s. Closed: Limited public content. Members can see all content.
CHEERS!